Penyakit daripada rezeki yang haram

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya.

Rezeki bermaksud bahan keperluan untuk hidup yang berupa pendapatan, penghasilan, pencarian dan peluang untuk memperoleh keuntungan. Manakala, haram bermakna sesuatu yang ditegah oleh hukum islam, tidak halal, tidak sah dan malahan berdosa jika dilakukan atau diamalkan. Khatib merasa terpanggil untuk membicarakan tajuk ini, kerana adalah didapati bahawa masih ramai di kalangan orang islam yang tidak pernah memikirkan atau mengambil berat tentang cara-cara untuk mendapatkan rezeki samada halal ataupun haram, dan mereka juga tidak pernah mempedulikan kesan daripada menggunakan sumber yang haram tadi untuk makan minum, memakai, membeli, menghadiah, menderma, membina dan melakukan apa-apa perbuatan yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia.

Tingkahlaku manusia yang semakin rosak akhlaknya sekarang ini yang sebahagian daripadanya adalah berpunca dari sumber rezeki yang haram, yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya setiap makanan yang dimasukkan ke mulut seseorang memang mempunyai hubungan langsung dengan tingkahlakunya.

Di antara sumber-sumber rezeki yang haram itu berpunca daripada melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan, penyalahan guna kuasa, pilih kasih, tidak jujur, tidak amanah dan riba’. Sebahagian besar daripada perbuatan dari kumpulan ini biasanya dilakukan oleh golongan masyarakat yang berkuasa dan berkedudukan, kerana mereka memang mempunyai maklumat, hubungan, peluang dan kesempatan untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Manakala sebahagian lagi daripada anggota masyarakat akan terlibat pula dalam perbuatan memakan harta anak yatim, perjudian, loteri, ToTo, tikam ekor, tenung nasib, pelacuran, rompakan, pencurian, menyamun, melakukan perniagaan ke atas perkara yang diharamkan oleh syariat seperti menjual arak, pasaran saham hadapan, pasaran saham yang tidak halal, menipu dalam timbangan, menyorok barang, mencampur barangan elok dengan barangan rosak, menjual barangan yang merbahaya kepada kesihatan dan lain-lain lagi.

Mana-mana perbuatan tersebut akan dikira sebagai hasil rezeki haram yang apabila digunakan untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan kemudahan lain, maka ianya tetap haram. Oleh itu kesan pertama ke atas orang yang menggunakan sumber rezeki yang haram ialah doanya tidak diterima oleh Allah S.W.T., berdasarkan maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :

[Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?]

(Hadis riwayat Muslim)

Kesan kedua ke atas orang yang melakukan perkara yang haram dan menafikan hukum Allah S.W.T. jika ia tidak bertaubat dengan serta-merta, maka ia adalah seorang yang telah terkeluar daripada agama islam, dan jika ia meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka meninggalnya itu dikira sebagai seorang yang kafir.

Kesan ketiga ialah daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

Kesan yang keempat daripada yang rezeki haram di perolehi untuk mendapatkan kemewahan akan menyebabkan Allah S.W.T murka.Alllah S.W.T. akan menurunkan bala dalam bentuk kehancuran sesebuah negara. Mereka yang terlibat secara langsung juga telah turut menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa dan negaranya sendiri. Sebab itulah seseorang yang mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi serta iman yang mantap dan kuat, sudah pasti tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat, yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada diri dan umat manusia seluruhnya. Firman Allah S.W.T. bermaksud :

[Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya saat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri binasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya].

(Surah Al-Syara’ : 16)

Kesan kelima daripada rezeki yang haram, akan menyebabkan harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi, sebagai contoh orang yang menerima hadiah ketika menjalankan tugas rasmi yang sudah dibayar gajinya, menyebabkan mereka tidak mampu untuk berlaku adil dan bertindak tegas dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jika ini berlaku, maka bermulalah proses kehancuran sesebuah masyarakat dan negara, serta menerima balasan yang buruk dengan berdasarkan hadis dari Abu Humaidi Al- Sai’di, kisah ini berpunca dari petugas yang mengutip zakat yang bernama Lutbiah yang telah menerima wang hadiah ketika memungut zakat yang bermaksud :

[Mengapa para petugas zakat berbuat seperti itu, lebih baik dia duduk-duduk sahaja di rumah orang tua nya, apakah dia akan diberi hadiah?. Barangsiapa yang melakukan itu, iaitu menerima hadiah, maka di hari kiamat nanti, dia akan menanggung kembali hadiahnya di dunia itu dulu di atas bahunya apa-apa yang di terimanya, samada unta, lembu dan kambing].

(Hadis riwayat Muslim)

Setelah kita mendengar beberapa kesan berat dan amat menakutkan yang akan berlaku hasil daripada melakukan pelbagai perbuatan yang haram untuk mendapatkan rezeki, maka apakah tidak timbul sedikit pun rasa takut dan gementar di sanubari kita dengan azab dan janji Allah tersebut. Jika umat islam tidak mempunyai perasaan takut terhadap ancaman Allah S.W.T., dan sebaliknya masih terus melakukan perkara yang di haramkannya, maka sesungguhnya mereka itu telah termasuk dalam golongan orang yang bakal memasuki neraka Jahanam, berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. :

[Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti KeEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai].

(Al-araf : 179)

Manusia yang masih berani melanggar perintah Allah S.W.T dan berterusan melakukan maksiat dan kemungkaran secara terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan rezeki yang haram adalah merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa kemanusiaannya, mana-mana manusia yang telah mati rasa kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dokongan yanag kuat daripada para iblis dan syaitan.

Sanggupkah kita untuk turut sama menjadi manusia yang terlibat secara langsung dalam menyumbangkan peranan terhadap kemungkaran dan di masa yang sama menjadi pemangkin dalam mengundang kemurkaan Allah S.W.T di muka bumi ini. Tidakkah kita takut dengan konsep dosa yang berterusan yang akan tanggung jika kita turut menjadi model dan ikutan yang mendorong manusia lain untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Adakah kita tidak merasa takut dan gementar dengan pertanyaan semasa kita berada di alam kubur dan seterusnya di padang mahsyar nanti. Berdasarkan hadis daripada Abu Barzah, soalan itu berbunyi begini:

[Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah S.W.T) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya].

(Riwayat Al-Tarmizi)

Marilah kita meningkatkan muhasabah. Memandangkan kita masih berpeluang untuk memohon ampun dan bertaubat, maka ambillah kesempatan ini dan lakukanlah dengan penuh khusyuk, tawadduk mematuhi syarat-syarat taubat dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi perbuatan yang diharamkan oleh Allah S.W.T demi untuk mendapat keredhaannya. Marilah kita selaku umat islam yang beriman dengan hari akhirat yang akan memberikan balasan balasan baik atau buruk bersama-sama membanteras perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T ini. Dengan tindakan ini ia bukan sahaja akan menyelamatkan diri dan keluarga, bahkan masyarakat dan negara kita. Rasulullah S.A.W menegaskan :

[Orang kaya bukanlah orang yang banyak hartanya, akan tetapi hakikat orang kaya adalah orang yang kaya hatinya].

(Riwayat al-Bukhari)zeki

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s