Urut batin pukulan maut

Urut batin yang kononnya satu kaedah rawatan kesihatan, boleh bertukar menjadi ‘urutan maut’ kerana kebanyakan gadis tukang urut yang menawarkan perkhidmatan itu sebenarnya tiada kepakaran dalam bidang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, berkata berdasarkan pengalamannya melakukan serbuan ke pusat kesihatan, spa dan rumah urut, banyak kes menunjukkan khidmat yang ditawarkan lebih menjurus kepada khidmat seks atau pelacuran. “Gadis tukang urut ini membabitkan rakyat tempatan atau pendatang asing dari pelbagai negara termasuk China, Thailand dan Indonesia.

Ada antara mereka memang terlatih, namun ramai juga yang sebaliknya, ” katanya.Jurulatih urut profesional dan pakar perubatan sependapat, urut batin — yang merujuk kepada urutan di bahagian anggota sulit — memerlukan kepakaran tinggi dan kecederaan di anggota badan yang sangat sensitif itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.“Selama 15 tahun di dalam bidang ini, urutan batin adalah paling sukar dan bukan kerja main-main. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan pelanggan menderita seumur hidup,” kata Jurulatih Teknik Pengurutan, Pusat Latihan Gurney, Persatuan Orang Buta Malaysia, Mat Rodzi Hanapi.

Beliau yang juga rakan kongsi Massage Station di Brickfields berkata, terapi urutan batin memang wujud tetapi mempunyai teknik tertentu dan bukan hanya berkisar urutan di sekitar alat sulit.“Jika gadis tukang urut batin ini mengurut di sekitar alat sulit saja, ia pembohongan. Urutan batin sebenar merangkumi ‘point’ lebih luas termasuk di paha, celah kelangkang, punggung dan perut,” katanya.Mat Rodzi, 41, yang berpengalaman luas termasuk menjalani latihan mengurut di Jepun, China, Hong Kong dan Filipina berkata, untuk urutan batin, seseorang itu harus mahir mengenai alur nadi tertentu.“Semua teknik dan pengetahuan itu hanya boleh diperoleh melalui pembelajaran dan pengalaman. Jika tidak, pelanggan urut batin bukan semakin sihat, tapi semakin sakit,” katanya.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata dakwaan bahawa urut batin di pusat kesihatan yang tumbuh bak cendawan di bandar besar, terutama di sini, Selangor, Johor dan Pulau Pinang baik untuk kesihatan alat sulit lelaki kerana mampu membuang angin, adalah mengarut.Katanya, selain berisiko mengalami masalah ‘mati pucuk’, lelaki yang melanggan khidmat gadis urut batin yang tiada kepakaran juga berisiko diserang penyakit jantung serta pelbagai penyakit kelamin.“Saya ingin memberi amaran yang buah zakar tidak boleh diurut kerana salur darah dan pundi Epidimis di dalamnya adalah satu unit. Jika salah urut, ia boleh berpintal dan tersiat, sekali gus mencederakan semua organ berkenaan. “Apabila ini berlaku ia dianggap ‘medical emergency’. Malah saya juga ingin mengingatkan, jika buah zakar terpicit dengan kuat, seseorang itu boleh pengsan akibat ‘Vasovagal Attack’. “ Bagi yang tidak bernasib baik, hasrat melepaskan berahi itu berkemungkinan menyebabkan mati pucuk. Malah, ada kes akibat terpicit buah zakar dengan kuat menyebabkan mangsa diserang sakit jantung,” katanya.Kebelakangan ini, ramai lelaki mendapatkan perkhidmatan gadis urut batin untuk melepaskan nafsu berikutan caj dikenakan mereka jauh lebih murah daripada mengambil pelacur di pusat spa.

Berdasarkan maklumat dan tinjauan Metro Ahad, upah mengurut di ibu kota dan Selangor seolah-olah diseragamkan pada kadar antara RM50 hingga RM60 sejam.Namun, sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan urut batin perlu membayar tambahan RM30.Bagaimanapun, kebanyakan gadis berusia awal 20-an hingga pertengahan 30-an yang bakal menjalankan urut batin itu sebenarnya hanya ‘bersandiwara’ dan tiada kemahiran teknik urutan.Sebaliknya, mereka akan meletakkan losyen atau minyak bayi dan mengurut beberapa bahagian di sekitar alat sulit secara membabi-buta sebelum melakukan onani ke atas pelanggan.Ada juga gadis urut yang menawarkan khidmat seks, tetapi bayaran mencapai RM100 untuk sekali ‘pelayaran’ menyebabkan kebanyakan pelanggan yang membabitkan kelas pertengahan hanya mendapatkan urut batin.

Mengenai pengunaan losyen dan minyak bayi oleh gadis urut, Dr Ismail berkata, pengunaan pelembab adalah baik kerana memberi keselesaan kepada kulit zakar.“Bagaimanapun, masalah sekali lagi berbangkit apabila onani dilakukan gadis berkenaan. Ketika itu, mereka mungkin teragut dan tertarik dengan kuat alat sulit pelanggan.“Mereka mungkin mencederakan alat sulit lelaki jika tersentap ketika pelanggan ejakulasi atau mencapai klimaks secara spontan. Keadaan ini boleh menyebabkan salur kencing terkoyak dan berdarah,” katanya.Dr Ismail berkata, faktor kebersihan di bilik gadis tukang urut juga boleh menyebabkan penyebaran virus berbahaya seperti HIV, Aids dan penyakit kelamin lain.“Jika air mani pelanggan terdahulu mengandungi virus berselerak di atas tilam dan cadar tetapi tidak dicuci, ia boleh berjangkit kepada pelanggan lain. Risiko semakin tinggi jika pelanggan mempunyai luka atau kudis,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s