Isteri perlu puas diuruti ketika jimak

Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan keutuhan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol dan utama. Kegagalan suami atau pun isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan akhirnya akan mengalami kehambaran kemanisan rumahtangga.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas diuruti dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak urutan dan kepuasan isteri maka suami pun tergolong orang yang berdosa sebab tidak memenuhi tuntutan nafkah batin isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara dan berselera.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga”.

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s