99 kenikmatan isteri ketika batinnya diuruti

99 kenikmatan isteri ketika batinnya diuruti

Peringatn ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki agar tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika menguruti batin isteri tanpa menimbangkan kejadian tubuh dan jiwa isterinya. Perempuan itu dijadikan sebagai teman untuk berpasangan dengan lelaki.

Suami sebagai pakaian kepada isteri dan begitulah juga sebaliknya. Semua makhluk dijadikan berpasang-pasangan, ini dinyatakan secara jelas di dalam Surah Yasin Ayat 36. Maka lelaki itu memerlukan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Jika tanpa perempuan, lelaki itu secara adatnya sukar menjalani hidupnya, dan lelaki semata-mata tidak boleh melahirkan zuriat, kerana itu adalah tugas yang dikhaskan untuk perempuan.

Urutan batin adalah satu tugas yang merupakan ibadah, suami dan isteri sama-sama mendapat ganjaran pahala semasa melakukannya, jika ia dilakukan dengan cara yang halal urutan batin adalah satu-satunya jalan adat bagi mendapatkan zuriat.

Selain merupakan satu tugas, manusia dikurniakan satu nikmat kesedapan apabila mengadakan urutan batin. Faktor ini menyebabkan manusia tidak jemu mengulanginya. Lelaki suka kepada urutan batin,begitulah juga dengan kaum perempuan.

Tetapi perlu difahami bahawa urutan batin itu menyebabkan isteri berada di dalam kepayahan, bukan satu kepayahan tetapi beberapa peringkat.

Pertamanya, isteri payah kerana terpaksa melayani kehendak suami walaupun dia letih. Keduanya, isteri akan merasa sukar bernafas, sukar berfikir, sukar menahan perasaannya ketika batinnya diuruti , keadaan ini menjadikannya serba salah kerana secara fitrahnya dia dijadikan malu terhadap semua lelaki termasuk juga suaminya. Ketiga, anggota badannya akan sakit-sakit dan sengal apabila melahirkan anak. Keempatnya, dia akan merasa sakit apabila melahirkan anak. Kelima, dia akan merasa jerih payah bila membesarkan anak, bersengkang mata, dan mendidiknya agar anaknya menjadi manusia soleh. Menyedari tentang kepayahan ini , suami sepatutnya bertimbang rasa kepada isteri ketika bersetubuh.

Allah s.w.t telah mengurniakan 99 bahagian kenikmatan kepada perempuan apabila batinnya diuruti oleh suaminya. Maka jika suami dapat menguruti batin isterinya dengan baik, ini dapat membangkitkan kenikmatan itu dan mengimbangi kepayahan yang dirasai oleh isteri apabila melakukan tugasnya sebagai pakaian suami. Bila isteri mahu memakai suaminya, maka suami patut melayaninya pula.

Sepatutnya kenikmatan atau kepuasan suami dalam urutan batin bergantung kepada samada isterinya mendapat kenikmatan dan kepuasan. Ini kerana urutan batin itu tugas saling memberi dan menerima antara dua hati. Menjimak isteri tidak semestinya memberikan kenikmatan kepadanya, mungkin dia merasa sakit, atau tidak puas, tetapi dia malu untuk menyatakannya.

Maka suami patut mengetahui dengan terperinci mengenai rahsia-rahsia tubuh isterinya, dari berbagai segi, bagi mengatasi masalah-masalah yang disebutkan Dengan itu maka urutan batin akan dapat dilakukan dengan lebih adil dan bertanggung jawab, bukan sekadar memuaskan nafsu sendiri dan menunjuk kegagahan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to 99 kenikmatan isteri ketika batinnya diuruti

  1. intanasnidar4960 says:

    Tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s