Sifuli menyertai kursus Hipnoterapi Prof Dr Mugeni Samerin di Teluk Intan

Sifuli menyertai kursus Hipnoterapi Prof Dr Mugeni samerin di Teluk Intani

Saya telah menyertai Kursus Hipnoterapi yang dianjurkan Institute Tradisional Medicines Malaysia affilated Medicina Alternativa (International Multydisiplinary Scientific Society) affilated THE OPEN INTERNATIONAL UNIVERSITY and INDIAN BOARD OF ALTERNATIVE MEDICINES pada 14 hb Disember 2013 di Bandar Baru Teluk Intan Perak. Intruktor kursus ini ialah Prof Dr Mugeni samerin. Kursus ini telah disertai seramai lebih daripada 20 0rang yang hadir dari Perak Selangor dan Johor.

Pernyertaan saya di kursus ini adalah diantara program pengajian untuk memperolehi ijazah Master Hipnoterapi sebagai komplementari kepada seni urut terapi Sifuli di bawah seliaan Prof Dr Mugeni samerin.

Kursus ini telah menarik minat peserta sehinggakan Instruktor dan peserta berat hati untuk menamatkan kursus sehingga belarutan jam 6.00 Petang.

Saya percaya banyak lagi mereka yang akan menyertai kursus ini kelak kerana sangat praktikal dan menarik.

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Kata Pendahuluan Buku Seni Silat Lintau

lintau satu

Buku ini saya terbitkan adalah hasil kajian saya bersama Wannura mengenai seni silat khususnya Silat Lintau sebagai amalan terapi untuk membina kesihatan Rohani jasmani jiwa dan raga.

Pada zahirnya seni silat itu adalah meransang tenaga raga iaitu mencuci darah daging, melembut urat saraf, melegakan pernafasan dan membina tenaga tubuh badan.

Batinnya pula seni silat itu adalah untuk membina kesedaran jiwa, mengingati diri, membina pendirian untuk menyembah tuhan.

Pergerakan jasmani pencak silat itu mengimbangi tenaga zahir dan batin yang dinyatakan oleh pergerakan silat dalam bentuk rupa, gerak, laku dan bahasa persilatan.

Akhinya silat itu adalah menyembah kudrat iradat ilmu dan hayatNya dengan kaseh, sayang , cinta dan kesejahteraan kehidupan untuk membina kesihatan rohani.

Untuk menjiwai ilmu persilatan Lintau zahir dan batin saya dan Wannura telah mewarisinya dari Tok Ayahanda Paduka zainudin bin Tah yang diwarisinya dari Tuan Mahyudin yang mewarisinya dari Tuan Haji Muluk Sutan Idham. Disamping itu saya dan Wannura telah berguru juga dengan murid Tuan Haji Muluk seperti Tuan Abdul Manaf, Pak Teh, Pak Salim dan lain lain.

Samoga buku yang saya susun ini boleh menjadi panduan dan atau kenangan untuk jenerasi yang akan datang.

Sifuli.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Buku Seni Silat Lintau

Silat2

Buku ini saya terbitkan adalah hasil kajian saya bersama Wannura mengenai seni silat khususnya Silat Lintau sebagai amalan terapi untuk membina kesihatan Rohani jasmani jiwa dan raga.

Pada zahirnya seni silat itu adalah meransang darah daging, melembut urat saraf, melegakan pernafasan dan membina tenaga tubuh badan.

Batinnya pula seni silat itu dalah untuk membina kesedaran jiwa, mengingati diri, membina pendirian untuk menyembah tuhan.

Keadaan zahir dan batin itu dinyatakan oleh pergerakan jasmani dalam bentuk rupa, gerak, laku dan bahasa persilatan.

Akhinya silat itu adalah menyembah kudrat iradat ilmu dan hayatNya dengan kaseh, sayang , cinta dan kesejahteraan kehidupan untuk membina kesihatan rohani.

Untuk menjiwai ilmu persilatan Lintau zahir dan batin saya dan Wannura telah mewarisinya dari Tok Ayahanda Paduka zainudin bin Tah yang diwarisinya dari Tuan Mahyudin yang mewarisinya dari Tuan Haji Muluk Sutan Idham. Disamping itu saya dan Wannura telah berguru juga dengan murid Tuan Haji Muluk seperti Tuan Abdul Manaf, Pak Teh, Pak Salim dan lain lain.

Samoga buku yang saya susun ini boleh menjadi panduan dan atau kenangan untuk jenerasi yang akan datang.

Bukan hamba pandai bermadah
cuma menjiwai budaya indah
hamba mulai dengan Bismillah
segalanya hanya kerana Allah

Bukan hamba bermain silat
tetapi untuk mengenal sifat
kudrat iradat ilmu dan hayat
untuk sejahtera dunia akhirat

Bermula silat mengenal diri
agar tidak menyegutui ilahi
hanya tuhan yang disembahi
agar hidup tidak dimurkai

Mulai Bismillah diakhiri salam
silat terdiri gerak dan diam
segala gerak perlu difaham
yang menguasi sekalian alam

Syariat hakikat tauhid makrifat
ilmu terkandung didalam silat
agar perintah agama ditaat
yang mencegah perbuatan jahat

Silat melancar darah berjalan
melembuti urat ketegangan
yang melegakan pernafasan
untuk kesihatan tubuh badan.

Sifuli.

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Wannura Terapi Institut

Risalah 1

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Merawati tenaga jiwa dengan hipnoterapi

Rahsia hipnoterapi

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Kursus Hipnoterapi Prof Dr Mugeni Samerin di Teluk Intan

INSTITUTE TRADISIONAL MEDICINES – INTERNATIONAL 3

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Peluang memiliki gelaran master kepada tukang urut di Malaysia

INSTITUTE TRADISIONAL MEDICINES – INTERNATIONAL 2

Image | Posted on by | Tinggalkan komen