Tukuli sifuli

Tukuli sifuli adalah tukul yang digunakan oleh tukang urut sifuli. Tukuli ini adalah sebagai lambang kebesaran dan pengiktirafan Sifuli kepada Tukang Urut (terapis) sifuli. Tukuli juga adalah sebagai simbolik kepada peralatan paling utama yang perlu dimliki oleh seorang seni tukang Melayu tradisional dahulukala.

Tukuli sifuli ini adalah pusaka warisan yang diperbuat dari teras akar kayu terpilih zaman berzaman yang terkenal dengan tuah dan keampuhan. Kayu ini sangat digeruni binatang buas dan hantu syaitan yang digunakan untuk mengubati atau menghukum kejahatan seperti memukul kanak kanak nakal dengan kayu sebagai pengajaran.

Tukuli sifuli telah dipilih menjadi lambang Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli malaysia seperti yang termakhtub di dalam undang undang persatuan Fasal 23 mengenai lambang seperti di bawah ini;

FASAL 23 LAMBANG

(1) Lambang

Lambang Persatuan adalah seperti gambarajah yang tertera di website ini :

(2) Keterangan lambang

Lambang Persatuan ini berbentuk bulat yang bermaksud kebulatan muafakat ahli-ahlinya. Rekabentuk lambang bermula dengan garisan lilitan bulatan berwarna merah di bahagian latar tepi lambang. Kemudian diikuti pula satu lagi garisan bulatan merah di bahagian dalam lambang yang selari dengan garisan luar tersebut di atas. Ruang di antara garisan bulatan merah ini berwarna kuning yang tertera perkataan PERSATUAN SENI URUT TERAPI SIFULI MALAYSIA yang berwarna hitam. Di bahagian tengah lambang yang berwarna hitam terdapat gambar dua batang tukul kayu bersilang berwarna merah yang bermaksud alat pertukangan tradisional yang memerlukan kemahiran seni. Di bawah gambar tukul tersebut terdapat simbol 2COOL yang bermaksud ‘tukul’ dalam Bahasa Melayu dan ‘to cool’ dalam Bahasa Inggeris.

(3) Ertinya

1. Tukul – Kesenian

2. 2COOL – Tukul atau ‘to cool’

3. Merah – Keberanian

4. Hitam – Bersatu padu (Perpaduan)

5. Kuning – Bernaung di bawah Raja

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s