Urut terapi lepas bersalin

1. Bertungku

Bertungku adalah asas kepada amalan-amalan pantang-larang bagi ibu selepas bersalin dalam budaya Melayu. Menggunakan batu yang dipanaskan di atas api selama 15 minit kemudian dibungkus dengan daun herba terpilih serta kain, kemudian diikat dengan kemas . Biasanya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang selepas mandi selama kira-kira 30 – 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, dicadangkan selepas dua minggu melahirkan, bolehlah mula bertungku tetapi tidak digalakkan di letak di atas abdomen jika tidak mahir menggunakan batu tungku !

Tujuan :

-membantu keluarkan angin dari badan
-perjalanan darah
-mengecutkankan rahim dengan lebih cepat
-mengeluarkan darah ketul atau yang tertinggal dalam rahim
-merelakskan otot-otot badan yang kejang atau bengkak
-membantu mengecilkan liang-liang roma
-memecahkan lemak

2. Berlulur

Menggunakan minyak urut Wannura Terapi yang berasaskan herba terpilih untuk mencuci tubuh badan.

Tujuan :

-melarutkan kekotoran tubuh badan yang tidak boleh di cuci ketika mandi dan bersuci
-mengeluarkan toksin dari bawah kulit melalui liang-liang roma
-mengendurkan otot-otot yang ketegangan semasa hamil serta menyegarkan badan

3. BERURUT

Menjana pernafasan adalah untuk mengimbangi ruang bernafas di bahagian pusat tubuh badan. Setelah melahirkan anak, ibu yang baru lepas bersalin akan diurut bahagian abdomen. Bersengkak adalah cara memulihkan sistem peranakannya.

Tujuan :

-menjana pernafasan supaya lancar
-ibu baru lepas bersalin akan bertenaga kembali
-kelihatan ceria dan segar

4. BERBENGKUNG

Menggunakan kain untuk membaluti bahagian abdomen

Tujuan :

-agar perut kembali kemas, tidak dimasuki angin dan tidak buncit.
-supaya punggung tidak jatuh
-mempercepatkan pengecutan rahim
-melangsingkan tubuh badan.
-Membetulkan kembali bentuk tubuh badan

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s