Darah tinggi dialami setiap orang dewasa – Sifuli terapi

Pencemaran bahan makanan, minuman, udara dan haba pada hari ini menyebabkan kita tidak boleh lari daripada serangan darah tinggi. Penyakit darah tinggi yang kita alami mungkin tidak di sedari di peringkat awalnya. Bagaimana pun berbagai jenis penyakit yang mula kita alami adalah kesan dari serangan darah tinggi.

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi bukan satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan di zaman moden ini.

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Proses pembentukan plak kolesterol berlaku dalam dua keadaan;

1.) Agen Pengoksidaan

2.) LDL (Low Density Lipoprotein) – Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

Diuretic – Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.

Vasodilator – Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.

Alpha Blocker – Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.

ACEs Inhibitor – Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.

Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

Memori Lemah – Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.

Letih dan lesu – Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada “Ohhm…!” untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.

Emosinal – Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan ‘moody’ sejak kebelakangan ini.

Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa ‘dosage’ ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.

Berikut adalah tahap perkembangan mengenai seranga darah tinggi yang perlu diketahui;




About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s