Rahsia kelazatan urutan bersetubuh

1. Teknik Tahan Nafas

Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar. Kemudian baru lepaskan nafas.

Semasa buat goyangan sorong tarik, tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas, hentikan goyangan. Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.

Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak terpancut mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan goyangan.

2. Teknik Nafas Songsang

Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. Nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.

Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.

3. Teknik Kerjasama (Berpakat)

Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri hendaklah berpakat. Bila suami terasa nak inzal, suami hendaklah berhenti menggoyang. Jika isteri asyik menggoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap. Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak.

Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.

4. Tidak Lupa Allah

Walaupun semasa bersetubuh, jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah. Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak. Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi. Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan.

5. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal)

Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau menggerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut di dalam hati tidaklah dilarang.

Doanya seperti berikut:

“Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu, ipar dan lain-lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa…”

(Surah al-Furqan: ayat 54)

Ada pula fatwa yang anjurkan agar semasa klimaks, ucaplah “La ilahaillallah Muhammadur Rasulullah” di dalam hati, bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma mengazankan atau memperdengarkan kalimah syahadah kepada anak yang baru lahir. Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti diatas.

Ketika menyebut di dalam hati, hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini ialah:

“Manusia ketika beribadah ingat akan Allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di dalam rahim isterinya. Datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang-orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya…”

6. Mengesat dan Meramas

Sebaik isteri selesai jimak, sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Rahsia kelazatan urutan bersetubuh

  1. mcm mne klau isteri taknak mengesat ek??????pakcik lio tlong jlzkan……………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s