Urutan untuk nafkah batin suami isteri

Firman Allah S.W.T bermaksud:

“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”

(Surah Ali Imran: ayat 14)

“Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..”

(Surah Al Baqarah: ayat 187)

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki..”

(Surah Al Baqarah: ayat 223)

Menurut Ibnu Jarir At Tabari, ‘ladang’ bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud ayat ‘datanglah mengikut yang kamu kehendaki’ ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara, teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya!! Diulangi..TIDAK MELALUI DUBURNYA!!

Kesimpulan dari kalimat-kalimat kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:

1. Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln Ramadhan dsb iaitu masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh).

2. Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).

TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI

Antara teknik-teknik yg boleh diamalkan ialah:

Bersetubuh Dalam Pelbagai Posisi

Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy, ni dia la kot), atas kerusi, dan sebagainya. Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.

Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yg ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada.

Namun tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak..”

Hadis diatas menjelaskan bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg utamanya ialah perlaksanaannya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.

Petua Mencapai Kenikmatan Jimak

Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:

1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.

2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami isteri bertemu rapat.

Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah untuk sama-sama merasa nikmat.

Kerjasama Suami Isteri

Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting utk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walaupun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin. Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberikan kerjasama sangat diperlukan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s