Definisi perubatan Islam

Melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan Islam sehingga terjebak ke dalam dunia syirik apabila tersilap perhitungan. Mereka menyangkakan semua perubatan tradisional yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai sulit dalam perubatan itu tidak bercanggahan dengan Islam.

Namun begitu, Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram dan amalan-amalan mendampingan dengan khadam yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik khafi (tersembunyi) serta amat dilarang dalam Islam. Al-Quran sebenarnya tersisip panduan perubatan dalam Islam.

Perbincangan tentang perubatan Islam di sini adalah berlandaskan kitab-kitab perubatan lama seperti amalan perubatan dalam kitab Sahih Bukhari bab Al-Tibb (Perubatan), Al-Qanun Fil At-Tibb karangan Ibnu Sina dan beberapa hadis sahih yang lain. Al-Razi atau nama sebenarnya, Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al Razi, seorang ahli falsafah dan ahli kimia Islam serta pakar dalam bidang perubatan Islam turut menghuraikan tentang perubatan Islam secara saintifik melalui kitab beliau Al-Hawi Fi al-Tibb, kitab Al-Judari wa al Habshah dan kitab ami fi al-Tibb.

Dalam kitab Sahih Bukhari terkandung lebih 20 bab berkaitan perubatan Islam merangkumi perubatan tradisional berdasarkan hadis. Amalan dan teknik perubatan tradisional yang dinyatakan dalam sahih Bukhari ini diistilahkan sebagai Prophetic Medieval oleh sarjana Barat.

Semua aspek perawatan diperjelaskan berdasarkan nas al-Quran dan hadis termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. Antara bahan-bahan perubatan yang dinyatakan di dalam kitab ini ialah buah zaitun (Olea europea), buah delima (Pomegranate), madu lebah, buah tamar (Phoenix dactilyfera), buah tiin (Phicus sycomorus), dan halia (Zingiber officibale) juga beberapa praktis dalam merawat gangguan sihir.

Ummul Kitab iaitu Al-Fatihah ada dinyatakan dalam sahih Bukhari sebagai surah yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Dalam kitab ini ada dinyatakan, Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan beberapa sahabat Rasulullah s.a.w telah pergi ke sebuah perkampungan orang-orang Arab. Namun, begitu kehadiran mereka tidak diendahkan oleh masyarakat kampung berkenaan sebagai tetamu sebaliknya mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Ditakdirkan Allah, ketua masyarakat kampung tersebut telah disengat oleh binatang berbisa dan jatuh sakit. Maka, penduduk kampung (khususnya bangsa Arab yang amat menghormati ketua) berada dalam keadaan tidak menentu , gusar, sedih dan gelisah.

Mereka bertanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah: adakah kamu mempunyai sesuatu iaitu ubat ataupun jampi untuk menyembuhkannya?. Sahabat-sahabat Rasulullah membacakan Al-Fatihah dan diusap pada tempat yang sakit. Dengan izin Allah, bisa sengatan binatang itu tadi sembuh lalu penduduk kampung memberikan sekawan kambing sebagai upah. Para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah berkenaan upah yang diterima samada perlu diambil atau tidak. Rasulullah s.a.w menjelaskan, upah dalam pengubatan boleh diterima asalkan ianya berpatutan dan tidak membebankan.

Kitab sahih Bukhari dalam bab Kitab Tibb ini ada membincangkan tentang perubatan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari membahaskan perihal pengubatan ini dengan menukilkan riwayat dan hadis-hadis Baginda. Diriwayatkan daripada Abd Aziz Ibnu Shuaib, bahawa dia dan Thabit Al-Bunani telah menemui Anas bin Malik. Thabit telah berkata kepada Anas bin Malik: Wahai Abu Hamzah (gelaran Anas bin Malik), sesungguhnya aku telah sakit. Anas menjawab: Mahukah kamu aku ubatkan dengan cara Rasulullah s.a.w? Thabit menjawab: ya! Anas membacakan doa ini: Ya Allah, pentadbir segala manusia, yang menghilangkan kesakitan, sembuhkanlah kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada yang dapat menyembuhkan melainkan engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s