Ilmu tabib yang empat

Pada suatu hari, Raja Nasyrun Adil (Khalifah Harun Ar-Rasyid) mengumpulkan empat orang tabib yang terkenal dari empat negara untuk bertanya mengenai ubat yang tiada mendatangkan penyakit selepasnya. Empat tabib yang dijemput itu ialah Tabib Iraq, Tabib Rumawi (Rom), Tabib Hindustan (India), dan Tabib Habsyah (Suadil-Iraq).

Khalifah berkata, “Hendaklah setiap orang daripada kamu menerangkan apakah ubat yang tidak ada penyakit padanya”.

Tabib Hindustan (India) menjawab, “Ubat yang tiada ada penyakit padanya ialah hulaijij (kekedai) hitam”. Memakan 3 biji setiap pagi.

Tabib Iraq (ada punca Tabib Rom) berkata, “Iaitu biji batang rasyad (Jab ar Risyadah) yang putih.” Dimakan pada setiap pagi.

Tabib Rumawi (ada punca Tabib Iraq) berkata, bahawa ubat yang tiada lagi mengakibatkan penyakit ialah dengan meminum air hangat tiga teguk setiap hari sebelum makan setiap pagi, katanya. “Menurut pendapat saya ialah air panas”.

Apabila tiba giliran Tabib Habsyah (Suadil-Iraq), beliau berdiam diri, sehingga Raja Nasyrun Adil bertanya kepada beliau, maka Tabib Habsyah menjawab, “Hulaijij (kedekai) hitam itu mengakibatkan penyakit Sadawi (melipatkan perut besar). Ini penyakit. Biji batang Rasyad (Jab ar Risyadah atau halia yang putih) itu mengakibatkan Safrawi (menjauhkan perut dari tempatnya). Ini juga penyakit dan air panas itu (jika diminum pagi) akan menghancurkan hati dan melembutkan mi’dah (perut besar). Ini juga penyakit”.

Lalu mereka bertanya, “Jadi, apa pendapat kamu?”. Maka Tabib Habsyah (Suadil-Iraq) menjawab, “Menurut pendapatku, ubat yang tiada penyakit padanya ialah : Tidak engkau makan sebelum engkau mengingininya, dan engkau mengangkat tangan sedang engkau sedang masih ingin kepada makanan itu”.

Dalam kitab Ilmu Tabib yang disalin dari Kitab Tib Ubat pada kurun ke 13 oleh seorang tabib Melayu, dicatatkan bahawa pesanan Tabib Habsyah itu adalah “Jangan makan melainkan ketika lapar. Bila makan sila berhenti sebelum kenyang. Jangan minum melainkan ketika dahaga. Bila minum air, jangan terlalu banyak. Jangan makan sekaligus makanan yang sama sifatnya, contohnya, jangan makan daging bersama telur kerana sifatnya hangat, atau makan ikan bersama susu yang baru diperah kerana sifatnya basah. Jangan makan makanan liat dan susah hadam, atau keras bila dimamah. Jangan jimak melainkan sudah ghalib syahwat. Jangan tidur melainkan sudah mengantuk.”

Dengan serentak tabib yang lain menjawab, “Benarlah engkau”. Jelas bahawa pencegahan itu lebih baik dari segala jenis ubat.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s