Kewajipan kesempurnaan urut zahir dan batin

Umumnya mengetahui tujuan utama perkahwinan adalah untuk memperolehi nafkah batin. Oleh itu maksud perkahwinan itu adalah berkait rapat dengan maksud mengawan, bersetubuh dan persenyawaan. Kesempurnaan perahwinan itu adalah penting untuk memperolehi nafkah batin yang dimaksudkan.

Perkahwinan, mengawan, bersetubuh dan persenyawaan adalah proses meransang tenaga jiwa raga yang bermula dengan mengawan iaitu urutan terdiri dari pujuk rayu, belaian mesra dan cumbuan.

Bersetubuh pula adalah urutan diantara alat kemaluan leaki dan perempuan yang bertalu talu sehingga tenaga kedua pasangan tersebut bersatu dalam aduan yang mengasyikkan.

Persenyawaan hanya berlaku setelah tubuh lelaki dan perempuan bersatu sehingga masing masing hanya memiliki separuh nyawa.

Setelah pasangan suami ister selesai melakukan urutan batin maka mereka adlah pula diwajibkan melakkan urutan zahir dengan sempurna ketika mandi junub.

Berikut ini di beri penjelasan kepada pasangan suami isyer untuk menyempurnakan urutan zahir dan batin ketika berseubuh dan mandi wajib.

Disunatkan membaca Bismillah dan doa mengusir syaitan ketika mahu jimak. Pada masa jimak itu digalakkan untuk berzikir sentiasa ingat kepada Allah nescaya dikurniakan kekuatan dan ketenangan.

Suami dan isteri disunatkan untuk mengambil wuduk selepas jimak dan sebelum tidur. Jika mahu jimak kali kedua sebelum mandi wajib maka sunat untuk mengambil wuduk dahulu.

Selepas jimak adalah baik jika memakan makanan yang sejuk. Mandi junub selepas jimak itu wajib hukumnya dan menurut Ibnu Qayyim bahawa mandi wajib dan wuduk selepas jimak mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa menghilangkan apa-apa kekotoran yang didapati dengan jimak dan mengujudkan kesempurnaan, kesucian dan kebersihan.

Adalah digalakan untuk suami isteri mandi bersama selepas jimak. Si suami memandikan isteri dan si isteri memandikan suami. Juga jangan terlalu lama menjauhkan diri dari jimak kerana menurut Imam Muhammad bin Zakaria sesiapa yang telah lama meninggalkan jimak akan lemahlah kekuatan urat sarafnya dan menutup perjalanan urat sarafnya dan melemahkan kemaluannya.

Jimak itu mempunyai manfaat memelihara penglihatan dari yang haram, memelihara nafsu syahwat menjauhkan dari yang haram dan juga manfaat pada diri isteri dunia akhirat. Tetapi jimak yang terlalu kerap adalah juga tidak baik menurut Imam Al Ghazali suami elok mendatangi isterinya setiap empat malam sekali dan wajar untuk dilebihkan atau dikurangkan menurut hajat si isteri untuk pemeliharaan si isteri kerana pemeliharaan ke atas isteri adalah wajib bagi suami.

Mujahid Ibnu Yakan juga telah berkata bahawa Islam memberi amaran jangan terlalu menurut kemahuan nafsu dan berlebih-lebihan dalam jimak ini untuk menjaga obor akar fikiran jangan dipadamkan oleh angin nafsu syahwat dan memelihara jiwa supaya jangan diperhambakan oleh naluri dan keinginan yang rendah. Imam Ibnu Qayyim juga telah berkata bahawa tidak harus mengeluarkan mani melainnkan untuk mendapat zuriat ataupun mengeluarkan mani yang telah menakung kerana sesungguhnya sekiranya dibiarkan mani itu menakung lama akan melahirkan penyakit yang keji, was-was, kegilaan dan sawan.

Disunatkan bagi suami isteri mencukur bulu ari-ari setiap tidak lebih dari 40 hari sekali. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan bahawa jika seorang isteri sedang hamil kemudian bernazar bila anaknya lahir akan memberi nama Muhammad atau Ali maka Allah akan mengurniakan kepadanya seorang anak lelaki.

Nabi juga telah mengamalkan meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk biasa pada pagi hari bagi menjaga kesihatan badan. Imam Jaafar Sadiq telah berkata bahawa bau harum memperkuatkan jantung dan mempertinggikan kejantanan dan kelembutan.

Kesempurnaan mandi wajib

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s