Tukang urut wanita ditikam lelaki hingga maut

JOHOR BARU Rabu Mac 16, 2011 : Seorang tukang urut wanita maut manakala anak angkatnya cedera parah selepas ditikam dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Sri Serdang Baru, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, Demah Cinak, 43, ditikam dengan pisau di bahagian perut manakala anak angkatnya Mahmudah, berusia lewat 20an ditikam di belakang badan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

“Ketika kejadian kedua-dua wanita itu berada dalam rumah. Sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan kemudian berjaya menahan seorang lelaki berusia 30an, yang dipercayai suspek kejadian itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ruslan berkata Demah yang berasal dari Indonesia mempunyai taraf penduduk tetap (PR) dan mengambil upah urut secara sambilan di rumahnya.

Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat manakala anak angkatnya turut dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian hot line polis Johor di 07-2212999 atau terus ke balai polis berhampiran. – BERNAMA

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s