Kisah sang isteri guna urut batin kayu tiga

Kes satu

MIA, 40, adalah isteri lelaki kaya. Dia memiliki segala-galanya, terutama kemewahan yang diimpikan setiap wanita. Namun, disebabkan suaminya tidak mampu memenuhi tuntutan nafsunya, dia bertindak ‘cari makan’ di luar.

Dia yang memiliki seorang anak berkata, semua yang dikehendakinya mampu ditunaikan suaminya, kecuali dalam hal memberi nafkah batin.

“Meskipun dikelilingi kemewahan, saya tidak puas bersamanya. Satu hari ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah, seorang lelaki warga Russia berusia 20-an menegur saya.

“Dia memuji penampilan dan gaya saya sehingga saya berasa bangga. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum pulang,” katanya.

Sejak itu, kata Mia, mereka kerap berhubungan melalui telefon dan SMS. Menurutnya, lelaki terbabit yang juga penuntut universiti tempatan di negara ini kerap memujinya selain sangat mengambil berat, romantik dan kacak.

Mia berkata, disebabkan faktor itu dia mula tertarik dengan layanan siswa terbabit sehingga hubungan yang dulunya boleh dianggap seperti ibu dan anak bertukar menjadi seperti suami isteri.

Lelaki Russia itu tempat Mia meluahkan perasaan selain memenuhi tuntutan gelora nafsunya. Malah, sampai satu tahap, Mia menyerahkan satu bisnes berkaitan dunia teknologi maklumat kepada teman lelakinya sebagai tanda kasih dan sayang.

Dalam tempoh hubungan itu, banyak kemewahan dilimpahkan kepada lelaki terbabit tetapi bagi Mia, yang penting dia puas dan gembira.

“Dia bukan saja menjadi pemandu saya, tetapi teman sekatil saya. Saya bangga dan gembira apabila bersama dengannya. Namun tanpa disedari, sedikit demi sedikit dia mengikis kemewahan saya.

“Suami tidak tahu perbuatan saya dan saya bernasib baik kerana tiada sesiapa tahu hubungan saya dengan lelaki ini,” katanya.

Menurut Mia, meskipun berbeza usia, lelaki yang digelar ‘baby boy’ itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

Kes dua

NISA, 38, mula mencari makan luar selepas suaminya kerap ke luar daerah kerana terbabit dalam aktiviti perniagaan. Meskipun ada anak, hidupnya kesunyian dan dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.

Apabila kerap ditinggalkan di rumah, Nisa yang bertudung litup menjadi bosan dan mula menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga Pakistan yang datang ke rumahnya untuk menjual permaidani.

Perkenalan singkat itu membibitkan rasa cinta apabila lelaki berusia awal 40-an itu pandai mengambil hati dan menghiburkannya.

“Hubungan kami bukan sekadar jatuh cinta saja, tetapi sampai ke tahap melakukan seks. Dia lelaki baik dan mengambil berat perihal diri saya.

“Saya senang setiap kali bersamanya, malah rasa bosan apabila dia tiada di sisi. Sukar mempercayai apabila begitu mudahnya kami bercinta hingga ke tahap seperti hubungan suami isteri,” katanya.

Menurut Nisa, bukan dia tidak menyayangi suami, namun kesibukan suaminya mewujudkan rasa bosan melampau sehingga sesiapa saja yang mendekati dirinya dilayan.

“Sukar untuk saya mengikis perasaan cinta dan sayang kepada teman lelaki sekarang biarpun menyedari hubungan ini tidak kekal lama,” katanya.

Sumber : Harian Metro

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s