Rahsia pekej urutan batin disebalik urut mandi buih

Kuala Lumpur, 22 Sept 2012: Bukan sekadar menawarkan khidmat urutan seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej urutan khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘mandian buih naga’.

Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah urutan mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan urutan batin hubungan seks.

Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2.00 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.

Sementara itu, hasil maklumat diberikan Harian Metro, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan risikan dan serbuan di premis yang menawarkan khidmat seks di Bukit Bintang, di sini, semalam. Operasi jam 8 malam yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd dengan kekuatan 10 anggota menahan tiga wanita warga China berusia 21 hingga 38 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga wanita terbabit berusia 30-an,” katanya.
Menurutnya, selain empat yang ditahan dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa sembilan wanita tempatan terdiri daripada pelbagai bangsa berusia 21 hingga 38 tahun.

Ketika ditanya mengenai tawaran khidmat urutan seks di premis itu, Azman mengakui perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga RM160 hingga RM250. Katanya, premis itu diserbu empat kali sejak tahun lalu dan semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s