Tukang urut batin wanita urut lelaki dalam air

PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut wanita mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan urutan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang. Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, urutan mandi buih dan urutan hubungan seks. Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan urutan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu. “Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya. (SH)

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s