Kemaluan amah diuruti majikannya sehingga koyak

PULAU PINANG 18 Sept. – Sepasang suami isteri masing-masing berusia 41 dan 36 tahun ditahan polis selepas dipercayai mendera dan merogol pembantu rumah mereka.

Pasangan itu ditahan di pangsapuri mereka di Sri Wangsa 1, Jelutong di sini kelmarin kira-kira pukul 9.15 malam iaitu lima hari selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Nibong Tebal.

Pembantu rumah warga Indonesia itu berusia 26 tahun dan berasal dari Jawa Timur.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa sebelum itu dibawa pasangan terbabit ke Taman Cenderawasih berhampiran balai tersebut pada 11 September lalu kira-kira pukul 9 malam dengan menaiki sebuah kereta.

Beliau menambah, mangsa kemudian diturunkan dari kereta dan ditinggalkan di situ tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mangsa mendakwa dipukul oleh kedua-dua suspek di kepala, belakang badan dan diseterika di dada sehingga melecur.

“Selain kecederaan di seluruh tubuh, hasil pemeriksaan doktor juga menunjukkan terdapat kesan koyakan di kemaluan mangsa dipercayai dirogol oleh suspek lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak memotong rumput,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Mangsa dikatakan datang ke Malaysia pada Januari lalu dan bekerja dengan kedua-dua suspek sejak 2 Februari lalu.

Menurut laporan, mangsa mula didera Mei lalu.

Kong Meng memberitahu, pada peringkat awal, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengesan suspek kerana mangsa tidak tahu lokasi tempat dia bekerja selain maklumat yang diberikan terlalu terhad.

Beliau berkata, polis terpaksa mengambil gambar beberapa jenis rumah yang dipercayai milik suspek, namun cubaan itu gagal.

“Mangsa hanya memberitahu lokasi tempat dia bekerja dipercayai di Jelutong dan majikan lelakinya dipanggil ‘Vellu’,” ujarnya.

Bagaimanapun, polis akhirnya berjaya mengesan dan menahan suspek-suspek berkenaan.

Polis juga merampas seterika dan tali pinggang yang diakui suspek sebagai senjata untuk menderanya.

Turut dirampas, cadar dan pelapik tilam yang digunakan mangsa ketika bekerja di rumah pasangan tersebut serta kereta Toyota Camry yang digunakan untuk membawa mangsa ke Nibong Tebal sebelum dicampak keluar.

Menurut Kong Meng, pihaknya menganggap siasatan kes itu selesai dan pasangan itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 325 Kanun Seksyen kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 376 kanun yang sama kerana merogol.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diperolehi menunjukkan isteri suspek yang merupakan suri rumah mengetahui perbuatan suaminya merogol mangsa namun membiarkan sahaja perbuatan terkutuk itu.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, siasatan polis juga mendapati, suspek lelaki itu memiliki tiga rekod kesalahan lampau melibatkan dua kes jenayah dan satu kes bersabit dadah,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s