Kawin kontrik untuk menguruti batin di Mesir

KAHERAH: Pelancong kaya dari Teluk Parsi sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.

Pelancong kaya didapati membayar ‘mas kahwin’ bernilai antara ‘320 (RM1,587) hingga ‘3,200 (RM15,875) kepada keluarga miskin melalui orang tengah. Pengantin perempuan – sesetengahnya berusia bawah 18 tahun – dijadikan pemuas nafsu urutan batin dan dipaksa berkhidmat untuk pelancong terbabit. Undang-undang Mesir menetapkan, tiada wanita negara itu dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai beza usia 10 tahun daripada mereka.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran – sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki.

Pada 2009, sebuah mahkamah di Iskandariah memenjara dua pendaftar kerana menjalankan pernikahan kontrak beratus-ratus remaja perempuan di bawah 18 tahun. Islam mengharamkan urutan batin sebelum nikah dan kebanyakan hotel dan pemilik bangunan menuntut pasangan yang ingin menginap di premis mereka supaya mengemukakan bukti pernikahan. Laporan Jabatan Negara AS itu menyatakan, ramai ibu bapa menjalankan pernikahan tanpa persetujuan anak perempuan mereka.

“Biasanya mangsa terpaksa bersetuju dengan apa yang diaturkan kerana keluarga mereka miskin,” kata laporan itu. Sesetengah mangsa dibawa pulang ke negara suami mereka untuk dijadikan pembantu rumah, manakala remaja yang ditinggalkan di Mesir biasanya dipulaukan masyarakat.

Keadaan menjadi lebih buruk jika remaja terbabit hamil dalam pernikahan kontrak itu. Kesannya, ramai remaja meninggalkan zuriat mereka di rumah anak yatim atau membiarkannya di jalanan.

“Ramai pengantin itu turut menjadi sasaran lelaki Mesir untuk dijadikan pelacur,” kata laporan itu. – DM

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s