Pelajar 14 tahun jadi hamba tukang urut batin abang iparnya

ARAU – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bukan saja diperlakukan seperti hamba tukang urut batin, malah dikurung dan dirogol oleh abang iparnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Lebih malang, mangsa yang pertama kali dirogol suspek berusia 30-an itu sejak 2008, di rumah sewa bapanya, di sini, sebelum diugut akan mencederakannya jika mangsa mengadu kepada keluarganya.

Difahamkan, mangsa mula dijadikan hamba tukang urut batin sejak tahun 2008 ketika mereka tinggal di rumah bapanya di Pulau Pinang dan berterusan diperlakukan lebih lima kali sehingga 2009

“Mangsa yang takut dicederakan terpaksa mengikut kehendak suspek sehingga dia berpindah ke Perlis dan tinggal di Jejawi, di sini, sejak 2010.

“Tidak lama selepas mangsa tinggal di situ, abang iparnya datang mencarinya sebelum tinggal di rumah ibunya sejak awal tahun ini,” katanya.

Menurut sumber, mangsa menjadi hamba tukang urut batin ketika ketiadaan ibu dan bapanya kerana keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama abang serta kakak iparnya.

“Sebaik abang iparnya berpindah ke situ, mangsa dirogol suspek lebih lapan kali sejak awal tahun ini dan kali terakhir jam 8.30 pagi, 8 Julai lalu.

“Dalam kejadian terbaru itu, suspek mengejutkan mangsa yang ketika itu tidur di ruang tamu rumahnya di Jejawi, di sini, sebelum mengeheretnya masuk ke dalam bilik tidur ibunya sebelum merogolnya.

“Mangsa yang trauma dan merana dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Arau, di sini, pada 12 Julai lalu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, kerika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s