Suami 96 tahun menguruti batin isterinya 3 hingga 4 kali semalam

Ramajit Raghav, 96 dalam gambar di atas adalah yang diiktiraf sebagai ayah tertua di dunia dua tahun lalu, telah menetapkan standard baharu kesuburan bagi kaum lelaki berikutan kelahiran anak keduanya baru-baru ini.

Menurut The Times Of India, isteri Ramajit berusia 52 tahun melahirkan bayi perempuan sihat yang dinamakan Ranjeet di pusat penjagaan kesihatan utama pada 5 Oktober lalu. Pasangan dari negeri Haryana, India itu menyambut anak pertama mereka, Vikramajeet, pada November 2010.

Ramajit memberitahu pemberita tentang reaksi doktor dan petugas klinik apabila mendapat tahu bahawa dia ialah bapa kepada anak keduanya itu. Katanya, mereka semua ketawa seolah-olah tidak mempercayai bahawa dialah bapa kepada bayi itu.

“Mereka ketawa dan sangat terkejut. Apa yang boleh saya buat? Ini adalah kehendak Tuhan,” kata Ramajit bangga.

Setelah menerima “dua anugerah berharga daripada Tuhan”, Ramajit telah memutuskan agar isterinya Shakuntala Devi akan menjalani operasi kontrasepsi tubectomy kekal untuk mencegah kehamilan pada masa akan datang.

Beliau yang mengamalkan diet harian, iaitu badam, mentega dan susu mendedahkan bahawa dia aktif melakukan hubungan seks dengan isterinya.

“Jiran saya berasa cemburu. Mereka meminta saya mendedahkan rahsia saya,” kata Ramajit.

“Saya melakukannya urutan batin 3 hingga 4 kali satu malam. Saya sihat dan saya menikmati hubungan urutan batin dengan isteri saya. Saya beranggapan bahawa sangat penting bagi suami dan isteri mengadakan urutan batin dengan kerap.”

Bagi Shakuntala, dia percaya bahawa dia telah “mati” jika tidak kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Ramajit.

“Tidak kisahlah berapa pun usianya. Saya suka akan dia dan saya menjaganya dengan baik walaupun kadang kala dia menengking saya,” katanya.

“Dia tidak nampak tua pada saya. Dia boleh melakukan urutan batin seperti mana-mana lelaki berusia 25 tahun, malah mungkin lebih baik kerana dia boleh beraksi sepanjang malam.” kata Shakuntala memuji suaminya. -DCM/The Times Of India, The Mirror

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s