Lelaki Malaysia terpesona layanan zahir dan batinnya

KUALA LUMPUR 16 April – Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.

“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairudin bagaimanapun tidak menafikan perkahwinan antara wanita Sumatera dengan lelaki Malaysia tidak semestinya berkekalan dan menjaminkan kebahagiaan.

Kata beliau, ada juga yang kecundang kerana berhadapan dengan pelbagai masalah apabila lelaki Malaysia itu dengan sewenang-wenangnya mengabaikan tanggungjawab terhadap wanita Indonesia.

Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau.

Khairudin menambah, kemakmuran Malaysia dan sumber pendapatan yang lumayan di kalangan lelaki negara ini turut menjadi faktor wanita Sumatera terpikat dengan lelaki Malaysia.

Malah, kata beliau, wanita Sumatera turut beranggapan jika menjadi isteri kepada lelaki Malaysia masa depan mereka dan keluarga akan lebih cerah dan terjamin.

Beliau mendedahkan faktor lelaki Malaysia tertawan dengan wanita Indonesia terutama dari Sumatera.

Ia ekoran laporan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang merekodkan dalam tempoh lima bulan, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Sumatera setiap bulan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s