Kebanyakan wanita Malaysia batinnya tidak puas diuruti

KUALA LUMPUR – Kebanyakan wanita Malaysia batinnya tidak puas diuruti berdasarkan sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti urutan batin mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia pula turut dikatakan tidak puas dengan urutan batin di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan urutan batin yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti urutan batin.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti urutan batin berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti urutan batin berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s