Lelaki kurung enam wanita jadi hamba tukang urut batinnya

BEIJING: Polis di tengah China menahan seorang bekas anggota bomba berusia 34 tahun kerana mengurung enam wanita sebagai hamba tukang urut batinnya di sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun. Media China semalam melaporkan lelaki terbabit juga membunuh dua tawanannya sebelum seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, Hao yang bekerja di sebuah pejabat pentadbiran tempatan di bandar Luoyang, Wilayah Henan, didakwa kerana membunuh dan menanam mayat dua wanita berkenaan.

Dia menanam mayat mangsa di dua buah bilik yang digali di bawah bilik bawah tanah kediamannya. Akhbar sama memberitahu, Li ditahan pada 6 September lalu kerana menculik enam wanita yang merupakan pekerja kelab malam dan karaoke sebelum berulang kali menjadi hamba tukang urut batinnya.

Dia hanya memberi mereka makan sekali dalam setiap dua hari supaya wanita-wanita itu lemah dan tidak berdaya melarikan diri. Laporan berkenaan menyatakan, Li cuma membenarkan mereka keluar dari bilik bawah tanah tersebut untuk dilacurkan apabila dia kesempitan wang. Namun, ketika dia melacurkan mereka di luar, seorang wanita berusia 23 tahun kemudian berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Hao mempunyai seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun. – Reuters

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s