Ribuan gadis Nepal didagang untuk menjadi hamba tukang urut batin

DENGAN penampilan sederhana, seorang wanita berusia 62 tahun ini mungkin kelihatan seperti seorang pesara tetapi, bagi ribuan gadis Nepal yang telah diselamatkannya daripada kancah hamba tukang urut batin, dia digelar sebagai penyelamat.

Anuradha Koirala meninggalkan kerjaya sebagai guru 18 tahun lalu dan mengabdikan hidupnya untuk melancarkan perang ke atas pengedar-pengedar dadah yang menyeludup wanita dan kanak-kanak ke rumah-rumah pelacuran di India. Mangsa akan diserang, dijadikan hamba tukang urut batin dan dibiarkan kelaparan.

Bermula dengan membina sebuah rumah yang selamat di Kathmandu dan melakukan penyamaran yang menyebabkan serbuan di rumah pelacuran di Mumbai, Koirala memberitahu, dia telah menolong lebih 10,000 mangsa kekejaman dunia gelap yang menyaksikan mereka didagangkan sebagai hamba tukang urut batin setiap hari merentasi sempadan.

“Saya berharap masanya akan tiba di mana saya tidak perlu lagi menjaga mangsa-mangsa tersebut. Saya mahu semua ini berakhir,” katanya.

Dianggarkan kira-kira 12,000 gadis Nepal didagangkan setiap tahun menjadi hamba tukang urut batin, terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan, miskin, mangsa diskriminasi jantina dan mangsa pemberontakan 10 tahun Parti Komunis Nepal (Maoist) yang merosakkan ekonomi dan kehidupan.

Beberapa anggaran turut menambah jumlah mereka yang terperangkap dalam industri hamba tukang urut batin India kepada 200,000 mangsa, manakala organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan Mumbai melaporkan bahawa 40 peratus daripada mangsa yang diselamatkan adalah gadis-gadis Nepal.

Koirala membuat keputusan bahawa kesengsaraan itu mesti dihentikan. Justeru, pada tahun 1993 dia menubuhkan sebuah rumah perlindungan yang dinamakan sebagai Maiti Nepal diambil daripada perkataan Nepal.

Pada bulan Ogos 1999 dia mengambil risiko untuk mengembara ke jalan-jalan paling terkenal di Mumbai. Di situ gadis-gadis bawah umur dipaksa pemilik rumah pelacuran menjadi hamba tukang urut batin kepada pelanggan tempatan, ahli perniagaan dan pelancong seks.

Adegan ganas

Di Kamathipura, sebuah daerah di bandar berkenaan, dia menyamar menjadi seorang peminat dalam kalangan ahli rombongan mendiang Sunil Dutt yang terkenal dengan kerja-kerja sosialnya melawat rumah-rumah pelacuran dan berbual dengan hamba tukang urut batin.

Tetapi penyamarannya gagal dan lawatan tersebut bertukar menjadi adegan ganas.

“Proses menyelamat itu agak aneh. Majoriti pemilik rumah pelacuran itu rupa-rupanya adalah wanita Nepal yang dahulu pernah menjadi hamba tukang urut batin,” katanya.

“Mereka menjadi ganas dan mula membaling kasut dan peralatan dapur dibantu pembantu-pembantu mereka kepada kami. Mereka juga cuba menyorokkan gadis-gadis berkenaan.

“Kebanyakan mereka adalah gadis-gadis bawah umur, malah ada di antaranya berusia lingkungan 12 tahun dan disimpan di dalam bilik yang sempit sehingga sukar untuk bernafas,” tambahnya.

Koirala, ibu kepada seorang anak itu membina Maiti Nepal di Kathmandu selepas berjumpa dengan sejumlah mangsa yang tidak berumah akibat keganasan rumah tangga.

Dia melancarkan rangkaian yang mengupah wanita-wanita berkenaan untuk menjual rokok, coklat dan snek menggunakan dulang buluh yang ditenun dan menyewa sebuah rumah untuk melindungi sebanyak 80 orang anak-anak mangsa.

Kerja-kerja Koirala kini berkembang ke pinggir-pinggir bandar sekitar Kathmandu, di mana perdagangan hamba tukang urut batin berusia seabad itu berkembang.

Lelaki muda dan pertengahan umur memerangkap gadis-gadis miskin dan tidak bekerja untuk mengahwini mereka dengan janji mencarikan pekerjaan di bandar, tetapi akhirnya menjual pengantin muda berkenaan di rumah hamba tukang urut batin di India.

“Mereka selalunya menemui diri mereka di sebuah tempat yang asing di mana bahasa yang tidak difahami menjadi perbualan dan bermulalah penderitaan mereka,” kata Koirala.

Seorang mangsa berusia 16 tahun yang identitinya dilindungi serta berpindah bersama keluarganya ke utara India pernah didagangkan sebagai hamba tukang urut batin oleh seorang lelaki berusia 22 tahun yang berjanji mencarikannya pekerjaan di Mumbai.

“Sekiranya saya tidak melakukan urutan batin dengan pelanggan, mereka tidak memberi saya makan dan menyeksa saya selama berjam-jam,” katanya.

Perhatian dunia

Selama 10 bulan hidupnya seperti di neraka sehinggalah dia diselamatkan dari rumah pelacuran selepas serbuan oleh Maiti Nepal dan polis tempatan dua tahun lalu. Gadis itu yang kini menyambung pelajaran di sekolah yang dibangunkan Maiti Nepal menganggap Koirala sebagai penyelamatnya.

“Saya tidak pernah membayangkan dapat keluar dari neraka itu. Saya menjalani hidup baharu yang tidak mungkin saya miliki tanpanya. Saya bersyukur kerana dapat merasai kasih sayangnya. Kini, dia seperti ibu kepada saya,” katanya.

Maiti Nepal, yang kini mempunyai semakin ramai penaung termasuk aktres Joanna Lumley dan Demi Moore menjadi perhatian media dunia selepas Putera Charles melakukan lawatan pada tahun 1998 dan menyumbangkan lebih daripada AS$100,000 (RM312,600) daripada hasil jualan lukisannya.

Ia kini berkembang menjadi sebuah kompleks yang menempatkan pejabat, rumah perlindungan dan sekolah. Koirala yang merupakan penerima anugerah Hero CNN tahun lalu percaya bahawa perjuangan menentang penghambaan seks adalah lebih penting kini.

“Kini, gadis-gadis didagangkan ke Asia Barat. Pemerdagangan dalam negara juga semakin meningkat membabitkan gadis-gadis kampung yang terjebak dalam industri hamba tukang urut batin Kathmandu,” katanya.

Koirala memberitahu, penutupan pusat perlindungan berkenaan adalah sasarannya.

“Saya melakukan ini bukan kerana sudah penat dengan kerja-kerja kebajikan, sebaliknya kerana saya tidak mahu masalah ini berterusan selamanya,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s