Viagra perangsang tenaga urut batin untuk wanita lagi bahaya

KUALA LUMPUR: Penemuan memeranjatkan apabila produk Viagra yang selama ini sinonim dengan golongan lelaki, diubah suai penggunaannya secara haram oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan ‘resipi rahsia’ produk perangsang tenaga batin khusus untuk wanita.

Penemuan itu amat mengejutkan pihak berkuasa berikutan produk persis `viagra wanita’ itu dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan.

Bagaimanapun, penjualan produk `viagra wanita’ itu tumpas selepas pihak penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk `panas’ yang bernilai hampir RM1 juta, semalam.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap cawangan dan syarikat jualan langsung terbabit.

Menurutnya, lebih 200 pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu serentak lebih 20 premis kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas risikan dilakukan sejak lebih sebulan lalu.

“Serbuan dilakukan selepas produk edaran syarikat berkenaan dihantar terlebih dahulu ke Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Makmal Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diuji bagi memastikan kandungan berbahaya di dalamnya.

“Hasil ujian makmal mengesahkan produk untuk wanita mengandungi kimia berbahaya tadalafil manakala produk untuk lelaki mengandungi kimia hydroxythiohomosildenafil yang kerap dicampurkan dalam produk rangsangan seks haram,” katanya.

Dalam operasi semalam, beliau dibantu Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim menjalankan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat jualan langsung itu di Taman Shamelin Cheras, di sini.

“Setiap kotak produk terbabit yang mengandungi 10 bungkus kecil berisi serbuk perangsang dijual pada harga RM300 sekotak.

“Kimia taladafil dalam produk itu boleh menyebabkan saluran darah mengembang secara tidak normal selain menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh menyebabkan penyakit hati dan buta. “Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi.

Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,” katanya Menurutnya, kimia taladafil yang disifatkan tiga kali lebih kuat dari kimia sildenafil yang terkandung dalam pil Viagra pastinya boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk apatah lagi jika dimakan setiap hari.

“Kedua-dua produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu. Hasil serbuan itu, KKM turut memeriksa satu kilang di Melaka,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s