Kemaluan gadis diuruti hingga koyak dalam sungai

KUALA KUBU BHARU – Pendarahan yang banyak pada kemaluannya membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui diuruti batinnya oleh teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari urutan batin dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan urutan batin di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting – Batang Kali dekat sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan urutan batin tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan urutan batin itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s