Mengenali muka wanita dan lelaki yang lemah tenaga batinnya

Manusia itu ditentukan jantan betinanya (jantina) adalah menurut alat kemaluan yang dimilikinya samada zakar atau faraj (pantat). Kaum lelaki berkemaluankan zakar dan kaum wanita itu pula berkemaluankan faraj, nokhtah.

Bagaimana pun manusia itu boleh dikenali jantan betinanya menerusi jiwa raganya tanpa perlu sehingga dirujuk kepada kemaluan yang dimilikintanya. Bagamana pun kepada mereka yang kurang arif mengenai jiwa raga manusia adalah agak sukar untuk membezakan diantara pondan dan wanita tanpa merujuk kepada kemaluannya, kerana jiwa dan raga pondan itu kadangkala terlalu mirip kepada jiwa raga perempuan.

Selan daripada anggota dada (payudara), ponggong, kaki dan tangan, manusia itu mudah dikenal jantan betinanya menurut rupabentuk air mukanya. Selain daripada menyatakan jantan dan betina, muka manusia adalah menyatakan rahsia mengenai kemaluannya. Sebab itu sifat kemaluan seseorang itu terlihat pada mukanya. Kepada mereka yang arif sekilas ikan di air mereka tahu jantan betinanya, apatah lagi bila mata betentang mata. Maksudnya air muka seseorang itu adalah menyatakan ikan peliharaannya samada ikan haruan atau sepat (samada kemaluannya zakar atau faraj).

Gambarajah di atas saya susun adalah sebagai kunci bukan sekadar untuk mengenali sifat jantan dan betina malahan adalah sebagai kunci rahsia untuk mengenali kekuatan, kesihatan dan penyakit tenaga batin yang dialami samada lelaki atau wanita menerusi keadaan mukanya. Sebab itu ada ungkapan yang sering disebut “tenguk mukalah”

Ilmu mengenali jiwa manusia menerusi mukanya telah diwarisi budaya timur sejak dahulukala walau pun ilmu yang dikenali dengan sebutan physionomi ini popular di barat hanya bermula pada pemulaan abad yang ke 20. Bidang Psysionomi ini telah dipelupuri Hipocrates pada tahun 400 sebelum masehi untuk keperluan dibidang perubatan.

Berdasar gambarfoto di atas tubuh badan manusia itu digarisi dengan 10 garisan selari dari atas kebawah ia itu 5 di sebelah kiri dan 5 lagi di sebelah kanan. Garisan tersebut ditanda dengan nombor 1 hingga 5 di sebelah kiri dan kanan. Setiap 5 gaisan di kiri dan kanan tubuh badan tersebut berakhir di 5 jari kaki dan tangan.

Setiap garisan sebelah kiri dan kanan tersebut adalah berpasangan diantara kiri dan kanan menurut nombor, ia itu nombor 1 di sebelah kiri dengan nombor 1 di sebelah kanan, begitu jugalah nombor 2, 3 4 dan 5, sehinggakan 10 garisan tersebut menjadi cuma 5 pasang seperti bilangan jari kaki dan tangan ia itu 5 di sebelah kiri dan 5 lagi di sebelah kanan. Setiap garisan ini berpasangan menurut nombornya untuk menyatakan pembahagian zon zahir dan batin di tubuh badan manusia.

Garisan zon pertama pada tubuh badan dalam gambarajah di atas bermula dengan bahagian tengah tubuh badan iaitu pasangan garisan yang ditanda dengan angka 1. Pasangan garisan zon nombot 1 ini selari dari baagian atas tubuh badan manusia yang bermula dengan merentasi anggota hidung, mulut, lehir, pusat dan kemaluan serta berakhir di hujung ibu jari kaki dan tangan sebelah kiri dan kanan.

Garisan pasangan nombor 2 pula merentasi bahagian kiri dan kanan bahagian tubuh badan dari atas dan bawah bermula dari kening, biji mata, payudara, peparu, ginjal (buah pinggang) dan oberi atau testis ia itu telor zakar atau faraj sebelum berakhir di jari telunjuk kaki dan tangan.

Pasangan garisan nombor 5 pula merentasi bahagian kiri dan kanan bahagian tubuh badan dari atas dan bawah bermula dari anggota telingga, tangan dan kak yang berakhir di jari kelingking kaki dan tangan.

Pasangan garisan nombor 3 dan 4 adalah merentasi anggota tubuh badn yang berada diantara kening, biji mata, payudara, peparu, ginjal (buah pinggang dan oberi atau testis ia itu telor zakar atau faraj sebelum berakhir di jari telunjuk kaki dan tangan dengan anggota telingga, tangan dan kak yang berakhir di jari kelingking kaki dan tangan.

Setelah kita memahami peranan lakaran zon garisan pada tubuh badan tersebut mudahlah kita untuk menentukan keadaan keseimbangan tenaa zahir dan batin tubuh badan tersebut. Tiori zon garisan ini adalah kaedah paling asas untuk menentukan keadaan tenaga zahir dan batin atau jiwa dan rada seseorang. Kaedah yang lebih spesifik adalah seperti garisan salur tenaga tiori akupuntur dan keseimbangan rupabentuk tubuh badan yang dipelajari pakar juruterapi tradisional ketimuran. Selain itu terdapat berbagai tiori dan kaedah lagi untuk mengetahui zahir dan batin seseorang yang memerlukan penghayatan. Maka tidak hairanlah jika sifu terapi itu boleh membaca keadaan jiwa dan raga seseorang itu hanya sekadar menerusi bekas kesan tapak kakinya diatas tanah atau pasir, jika tidak maka tidak layaklah dipanggil sifu.

Zon pergerakan tenaga batin manusia samada lelaki atau wanita berada di garisan nombor 1, oleh itu keadaan tenaga manusia itu dinyatakan keadaan dahi, hidung, mulut dan dagunya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s