Urut terapi melegakan pernafasan

Urut terapi melegakan pernafasan

Langkah ketiga urut terapi sifuli adalah melegakan pernafasan. Banyak diantara kita hari ini tidak boleh bernafas dengan sempurna kerana amalan makan dan minum yang berlebihan sehinggakan tidak cukup ruang untuk bernafas di anggota perutnya. Kesan kelemasan bernafas yang dialami menyebabkan kehidupan hari ini sering kesesakan, kelamkabut, kurang waras dan hidup hanya separuh nyawa atau separuh mati.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Ahmad, Nasai’e, dan Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Mafhumnya: “Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bejana atau bekas yang lebih jahat (hina) melainkan memenuhkan perutnya. Sekiranya ia (makan) memadai dengan suapan yang kecil yang mampu mendirikan (menguatkan) tulang sulbinya (tulang belakangnya). Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah diisi perutnya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga minuman, dan sepertiga nafasnya.”

Menurut hadis Rasulullah saw di atas perut manusia perlu di isi satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi ruang untuk bernafas. Berdasar gambar diatas bahagian perut yang perlu di urut untuk melegakan pernafasan adalah;

1. Bahagian makanan – sembelit
2. Bahagian minuman – kencing tak puas
3. Bahagian bernafas p sesak nafas

Menguruti perut perlu berhati hati kerana dikhuatiri tersentuh batinnya.

Di bawah ini diberi sdikit penjelasan mengenai kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam supaya mudah bernafas agar kehidupan kita tidak hanya separuh nyawa.

Kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam

Makanan merupakan keperluan asas pada manusia ,bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .

Proses penghadaman
Penghadapan melibatkan proses mekanikal dan tindak balas kimia .Penghadaman mekanikal bermula di mulut dan perut .Dalam perut, proses pergerakan usus yang dinamakan peristalsis akan mengecut dan menggaulkan makanan sambil memecahkan butiran makanan ke partikel yang lebih luas.

Makanan yang melalui saluran penghadaman kita akan dicernakan dengan bantuan beberapa organ lain seperti hati ,pankreas,dan hempedu .Enzim ialah protein yang akan memecahkan makanan kepada partikel-partikel yang lebih kecil yang akan kecil akan ditukarkan kepada tenaga.

Penghadaman yang melibatkan tindak balas kimia bermula di mulut . Enzim dan asid hidroklorik dalam perut ,serta jus hempedu daripada kalenjar hempedu ,akan menghuraikan makanan yang terdiri daripada struktur kompleks seperti karbohidrat ,protein dan lemak ,ke bentuk nutrien yang ringkas dan mudah diserap ,seperti gula ,asid amino dan asid lemak.

Perut

Salur penghadaman manusia ,kelihatan seperti satu tiub panjang ,jika ia dibentang di atas meja ,panjangnya sehingga 20 kaki. Otot yang mengecut secara berentak , menyebabkan pergerakan peristalsis membantu memindahkan makanan sepanjang salur penghadaman sambil memecahkan saiz makanan.Rupa perut ialah seperti kantung dan ia terletak di bahagian bawah esofagus .Perut mempunyai dinding yang sungguh elastik , dengan banyak lipatan seperti alat muzik akordian ,dinamakan “rugae”.

Perut mampu menampung sehingga 2 liter campuran makanan dan cecair ,Bagi mereka yang tidak mengikut Sunnah Nabi iaitu “makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang “ dan makan secara berlebihan ,tubuh badan akan mengubah suai organ berbentuk kantung ini untuk mengembang . Pada jangka masa panjang , bentuk fizikal organ individu tersebut akan bertambah besar untuk menampung jumlah makanan yang lebih banyak .

Sementara prosea penghadaman ini berlaku , kalenjar dalam perut merembeskan cecair penghadaman perut , iaitu gabungan enzim pepsin, asid hidroklorik dan lendir (mukus) .Cairan perut iaitu pH 2, sangat berasid dan mampu melarutkan paku besi. Jus gastrik ini membunuh bakteria dalam makanan sambil menghentikan tindakbalas amilase yang menghadamkan karbohidrat dalam mulut .Ikatan dalam karbohidrat diputuskan oleh asid kuat , menyebabkan sedikit aktiviti pencernaan karbohidrat , dapat berlaku di sini. Dalam perut pepsin akan menghadamkan protein secara menghuraikan ke komponen asas yang lebih kecil ,iaitu asid amino dan polipeptida.Perut yang mengecut dan mengendur akan menggaulkan makanan hancur dengan cairan , membentuk “Chyme”,iaitu pepejal berair . Chyme ini akan beredar meninggalkan perut ,menuju ke usus kecil untuk proses penghadaman.

Di dalam perut ,lemak akan terapung di dalam cairan perut yang bercampur dengan makanan. Hanya sejumlah kecil lemak yang akan terhadam dalam perut . Lemak adalah komponen makanan terakhir yang akan meninggalkan perut.

Di dalam salur penghadaman kita , wujud tidak kurang 500 spesis miroorganisma . Mikklroflora ini kompleks dan berbeza , bergantung kepada tubuh badan , menurut umur , keadaan kesihatan , pemakanan , daerah , Negara dan benua. Mikroorganisma ini membantu proses penghadaman dan penyerapan sumber makanan , di dalam salur penghadaman kita .ke dalam darah untuk diedarkan ke seluruh badan yang memerlukan nutrient ini.

Falsafah Pemakanan Islam
Dalam soal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diamalkan oleh seluruh umat manusia seperti mana berikut:

• Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

• Memilih makanan yang halal dan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Hak anak ke atas bapa ialah bapa hendaklah memberi nama yang baik, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin”. (Hadis Riwayat Hakim)

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s