Password masuk ke alam ghaib

Passwood masuk ke alam ghaib

Ketika saya diberi peluang memberi pencerahan di penghujung seminar Reiki Quantum Spiritual Terapi bersama Profesor Dr Sir Mugeni Samerin saya cuba memberi tumpuan untuk mencernakan lagi penjelasan Profesor Dr Sir Mugeni Sumerin mengenai passwood untuk masuk ke alam ghaib kepada peserta.

Sesungguhnya kata laluan yang lebih mudah difahami dengan sebutan passsword adalah perlu untuk membolehkan seseorang masuk ke alam ghaib adalah ilmu. Bermula ilmu itu adalah adab maka barang siapa tanpa adab itu bermakna tiada berilmu. Diantara adap masuk ke alam ghaib yang dijelaskan oleh Profesor Dr Sir Mugeni Sumerin adalah niat ia itu pendirian diri zahir dan batin, berastaghafar ia itu memohon ampun membersihkan jiwa, memberi dan menghormati ibubapa dan mengucapkan salam. Sebab itu kebanyakan jalan kerohanian mempunyai khafiat atau auratnya yang tersendiri merangkumi adap tersebut sebagai password untuk masuk ke alam kerohanian atau alam ghaib.

Niat itu adalah pendirian zahir dan batin atau jiwa dan raga ia itu syarat pertama jika ingin melaksanakan sesuatu dengan sempurna apatah lagi untuk masuk kealam ghaib.Cara mudah untuk melihat kelurusan niat seseorang adalah sejauh manakah mereka boleh melakukan apa yang dijanji atau diucapi. Sebagai contoh jika temujanji kita jam 9.00 pagi, kita perlulah menepatinya walau pun kita datang dari seberang lautan yang bergelora. Maka jika kita tak sanggup menunaikan janji apalah gunanya berjanji.

Beristighafar adalah untuk membersehkan jiwa yang merupakan syarat untuk melancarkan pergerakan rohani menerjah ke alam ghaib. Kekotoran jiwa adalah menghijab pandangan kita ke alam ghaib.

Ibu bapa perlu di hormati kerana merekalah yang melahirkan kita dari alam ghaib ke alam nyata (dunia). Jika bapa jasmani (sulbi) diperlukan untuk melahirkan kita dari alam ghaib ke alam nyata, maka kita memerlukan pula seorang bapa rohani jika ingin dilahirkan kembali ke alam ghaib alam nyata. Bapa yang boleh melahirkan kita dari alam nyata ke alam ghaib adalah guru rohani. Menghormati guru adalah seperti kita menunggu kedatangan guru bukan disebaliknya. Begitu juga jika kita makan bersama guru bair guru dulu menyuap makanan ke mulutnya sebelum kita. Pendik kata kita perlu mendahulukan guru dalam setiap perkara jika ingin mengikutinya, kecuali jika guru perlu mengikuti kita atau kita tidak ingin berguru lagi.

Memberi salam penting untuk masuk ke alam ghaib sekurangnya memberi selawat dan salam terlebih dahulu ke pada rohani junjungan besar Nabi Muhammad saw dan guru untuk beroleh syafaatnya dalam perjalanan ke alam ghaib, kerana Rasulullah saw pun perlu berserta guru di alam ghaib sebelum bertemu Allah swt.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
Video | This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s