Seminar seni terapi kesihatan tradisional alamiah

seminar

Pengenalan

Kewajipan setiap manusia adalah untuk membina kesihatan kehidupannya. Mereka yang lalai membina kesihatan kehidupannya akan mengalami pelbagai penyakit rohani, jasmani, jiwa dan raga sepanjang hayatnya turun temurun hingga ke anak cucu.

Pegangan ugama adalah panduan manusia untuk membina kesihatan kehidupan rohani dan jasmaninya. Terapi kesihatan hidup manusia yang berugama disebut terapi kesihatan tradisional alamiah kerana terapinya berdasarkan hukum kejadian alam yang dicipta tuhan untuk membina kesihatan turun temurun.

Jiika terapi kesihatan tradisional alamiah menurut pegangan ugama atau fahaman terapi moden pula adalah menurut fikiran yang berasaskan sains atau kajian.

Mereka yang tidak faham berugama akhirnya memilih terapi moden sebagai jalan mudah untuk mengubati penyakit yang telah mereka alami akibat kejahilan dan keengkaran mereka menurut perintah ugama untuk membina kesihatan rohani dan jasmani.

Oleh itu tidak hairanlah jika banyak dikalangan penganut ugama Islam pada hari ini yang bergantung kepada ubat yang terdiri daripada dadah, racun dan najis setiap hari untuk melayani penyakit yang sedang mereka alami walau pun mereka mengetahui perbuatan tersbut adalah haram. Penagih dadah yang berkeliaran pada hari ini adalah anak cucu atau keturunan mereka yang menggunakan dadah, racun dan najis sebagai ubat melayani penyakit. Penyakit rohani, jasmaani, jiwa dan raga jelas kelihatan pada parasrupa, gerakderi, tingkahlaku dan budibahasa mereka dan keturunannya yang makan dadah, racun dan najis sebagai ubat dalam lain perkataan penagih dadah.

Banyak dikalangan mereka yang makan dadah, racun dan najis insaf diatas perbuatannya melangar perintah tuhan yang menjadikan dadah, racun dan najis sebagai bahan makanan atau ubat dan beralih kembali kepada terapi kesihatan tradinal berdasarkan pegangan ugamanya atau yang tidak melanggar perintah tuhannya. Oleh itu terapi yang perlu disediakan kepada mereka yang seumpama ini bukan sekadar merawati penyakit yang di alaminya malahan perlu merawati kesan dadah, racun dan najis yang dimakannya selama ini seta dosanya kepada tuhan.

Kepada mereka yang makan dadah, racun dan najis sebagai ubat dan tidak memperolehi petunjuk tuhan untuk kembali ke pangkal jalan sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir, wajiblah diberi terapi kesihatan tradisinal alamiah dengan cara diuruti dengan mandian mayat sebelum di kapan, disembahyang, di doakan dan di kebumikan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s