Apa itu perubatan alternatif ?

koleksi artikal

APAKAH SEBENARNYA SISTEM PERUBATAN ALTERNATIF?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perubatan alternatif (Alternative medicine)? Apakah homeopati termasuk dalam kategori perubatan ini?

Sebenarnya apa saja bentuk amalan atau praktik yang terlibat dalam usaha memberi kesembuhan selain daripada perubatan konvensional alopati adalah perubatan alternatif. Justeru kita boleh menjumpai sangat banyak sistem rawatan dalam dunia ini yang bersifat alternatif.

Sistem rawatan yang kita maksudkan ini mungkin berbeza dari segi falasafah, pendekatan, kaedah terapi ataupun peralatan yang digunakan. Biasanya juga sistem perubatan ini tidak diajar secara formal. Justeru amat jarang kedapatan ilmu ini ditawarkan di pusat-pusat pengajian tinggi (university), kolej atau sekolah-sekolah arus perdana di mana perubatan moden menjadi sistem rawatan utama.

Hakikat bagi semua amalan perubatan yang ada ialah selama ini semua sistem perubatan ini bersifat alternatif. Yakni, sama ada kita ingin guna sistem alopati atau rawatan selainnya. Demikianlah halnya dengan sistem perubatan homeopati. Bahkan kalau kita lihat dari segi sejarah homeopati, kita dapati ia bukan saja berupa pilihan @ alternatif, tetapi juga dimusuhi.

Sejak Dr. Samuel Hahnemann mula memperkenalkan sistem homeopati lebih 2 abad yang lalu, kita sudah melihat permusuhan yang hebat dari perubatan konvensional. Ini berlaku kerana sistem asal yang ditawarkan Hahnemann itu merupakan suatu sistem yang lebih menjimatkan, lebih murah, kurang timbul kesan sampingan dan empati terhadap pesakit.

Dan seperti biasanya, ia tidak digemari kerana ia boleh memberi saingan yang sengit kepada para ahli farmasi dan doktor perubatan biasa. Ini menjejaskan poket mereka. Lalu ia dituduh tidak saintifik, kaedah pembuatannya menyalahi peraturan farmaseutikal, amalannya tidak mematuhi etika kedoktoran dan sebagainya.

Apapun kita tidak boleh menafikan mereka yang cuba menipu. Namun orang yang hendak menipu itu merupakan golongan yang lain. Mereka boleh menyamar sebagai doktor pakar, doctor biasa, sebagai pengamal homeopati, pengamal akupunktur, bomoh dan sebagainya jika mereka mempunyai niat menipu.

Mana-mana sistem rawatan tidak harus diburukkan kerana ada individu yang menyusup dan ingin menipu. Tanpa ada mana-mana sistem rawatanpun mereka boleh menipu. Tanpa ada mana-mana system rawatan pun, orang sebegini boleh mengatakan mereka mendapat mimpi dan mempunyai kuasa kesembuhan luar biasa.

Begitulah halnya dengan pasangan dari Melaka yang dikatakan ditipu oleh seorang doktor yang kononnya boleh merawat penyakit serius dengan kaedah homeopati tidak lama dahulu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Caj RM14,000 ringgit tidak pernah dituntut oleh mana-mana pengamal sekalipun. Di manakah tingkat pemikiran pengguna sehingga sanggup menyerahkan RM14,000 tanpa usul periksa.

Selagi masyarakat kita bersifat lemah, kurang ilmu dan mudah percaya dengan kata-kata orang seperti ini selagi itulah anggota masyarakat kita mudah ditipu.

Sumber: http://www.drhatta.com/2011/Ogos2011/PerubatanAlternatif.htm

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Apa itu perubatan alternatif ?

  1. Sony Son says:

    Salam sifu..sifu apa khabar? boleh minta pendapat dari sifu?

    ________________________________

  2. naa says:

    Adakah rawatan alternatif ini penggunaan yg di gunakan secara herba..apa perbezaan rawatan alternatif dgn rawatan yg kita dapat di hospital..sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s