Apa itu terapi kesihatan komplementari ?

koleksi artikal

Perubatan komplementari (Complementary medicine) merujuk kepada beberapa amalan perubatan yang berada di luar skop perubatan konvensional tetapi boleh diguna secara bersama dengan sistem perubatan konvensional Barat. Kalau diambil definisi MedicineNet.com, perubatan komplementari diertikan sebagai sekumpulan disiplin terapeutik dan diagnostik yang digunakan bersama-sama dengan perubatan konvensional

Sistem komplementari ini mungkin termasuk pelbagai sistem atau amalan perubatan alternatif seperti aromaterapi, mantera dan doa, serta refleksologi. Umpamanya dalam kes pemulihan selepas pembedahan (surgery), sesetengah pengamal perubatan menyarankan pesakit menjalani rawatan aromaterapi supaya dapat mengurangkan ketidak-selesaan akibat surgeri.

Perubatan komplementari berbeza daripada perubatan alternatif. Pengamal perubatan alternatif selalunya menyarankan pengguna membuat pilihan sama ada pesakit mengguna perubatan konvensional atau perubatan alternatif. Pesakit tidak dibenarkan mengguna kedua-duanya secara bergilir atau secara bersama.

Sedangkan bagi pengamal perubatan komplimentari, pesakit boleh menjalani kedua-dua rawatan pada waktu yang sama. Pengambilan ubat boleh diselangi, ataupun selepas membuat satu rawatan konvensional, mereka boleh menyambung dengan rawatan yang lain seperti aromaterapi tadi.

Di zaman di mana sistem perubatan arus perdana dimonopoli oleh perubatan Barat, adalah jarang sekali saranan dibuat untuk pesakit mengambil rawatan alternatif atau komplementari. Pada mereka kebanyakan sistem perubatan ini tidak saintifik atau tiada bukti keberkesanan.

Meskipun di sesetengah universiti di negara-negara tertentu (khususnya negara maju), ada kursus ditawarkan untuk pelajar yang berminat, namun di negara kita perkara ini masih baru. Justeru, banyak ilmu-ilmu yang disimpan lama oleh pengamal tradisional terdahulu hampir pupus barulah kesedaran mula timbul di kalangan pihak berkenaan.

Kesedaran ini timbul kerana para pengguna berterusan mengguna rawatan alternatif/komplementari meskipun tidak digalakkan oleh pihak terbabit. Mereka mendakwa rawatan yang diberikan itu berkesan bagi mereka, terutama bagi kes-kes yang tidak mampu dirawat oleh perubatan konvensional atau dalam kes di mana perubatan konvensional tiada rawatan khas.

Begitu juga bagi pesakit yang sakit tetapi didiagnos sebagai tidak sakit oleh para doktor. Pengguna terpaksa juga mendapatkan rawatan bagi keadaan sakitnya. Ada juga yang memilih rawatan seumpama ini kerana tidak mahu bergantung kepada ubat dadah ataupun kerana ingin dapatkan rawatan secara menyeluruh (holistic).

Sumber: http://www.drhatta.com/2011/Ogos2011/PerubatanKomplementari.htm

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s