Seni terapi kesihatan tradisional alamiah

rengkasan kertaskerja

Seni Terapi tradisional Alamiah

Seni terapi tradisional alamiah adalah rahsia amalan membina kesihatan dan mencegah penyakit yang telah diwarisi turun temurun menurut hukum kejadian alam semesta.

Seni
Seni adalah rahsia terapi tradisional alamiah turun temurun yang telah diwarisi gurunya dan diwariskan pula kepada generasi yang seterusnyan. Oleh itu seni atau rahsia terapi ini hanya diketahui oleh mereka yang mewarisinya sahaja.

Rahsia warisan terapi tradisional adalah merupakan amanah yang perlu disampaikan dengan bijaksana kepada masyarakat. Amalan guru yang telah menerima rahsia warisan terapi ini dan kemudian menyampaikan pula kepada muridnya disebut baiah.

Sebagai contoh dalam kitab suci al Quran Allah swt ada berfiman yang bermaksud:
“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar pula ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Terapi tradisional
Terapi tradisional adalah amalan yang telah diwarisi turun temurun untuk membina kesihatan yang mencegah dan menyembuh segala penyakit rohani dan jasmani. Terapi kesihatan tradisinal adalah diwarisi berserta dengan kepercayaan yang menjadi pegangan kehidupannya mengenai keujudan tuhan yang mencipta alam semesta untuk keperluan kesihatan hidup manusia. Oleh itu terapi kesihatan tradisional adalah mustahil boleh diwarisi dengan sempurna oleh mereka yang mempunyai kepercayaan hidup atau pegangan ugama yang berbeza.

Terapi alamiah
Terapi alamiah adalah berdasarkan kepada hukum alam semulajadi yang dicipta tuhan semesta alam untuk membina kesihatan mencegah penyakit. Perbezaan terapi alamiah yang diwarisi setiap keturunan atau bangsa adalah kerana perbezaan kepercayaan kehidupan yang mereka anuti mengenai hukum alam yang dicipta oleh tuhan mereka.

Mereka yang menganuti ugama wahyu mewarisi panduan kehidupan atau ugama berdasarkan kitab suci yang diwahyukan tuhan menerusi Jibrail as kepada seorang Rasulullah yang menjadi ikutan mereka, sebagai contoh seperti Islam Kristian dan Yahudi. Panduan hidup ugama budaya pula merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya, contohnya seperti agama Buddha dan hindu.

Terapi alamiah menyatakan hanya kesihatan tubuh badan sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit. Rawatan dan ubatan adalah sekadar hanya membantu menguatkan tenaga tubuh badan untuk membina kesihatan yang menyembuhkan segala penyakit.

Penyakit yang dialami manusia adalah kesan dari kelemahan tenaga tubuh badannya membina kesihatan untuk mencegah penyakit.

Tuhan semesta alam
Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa.

Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba.

Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti Teisme fahaman yang mengakui kewujudan tuhan. Agnoteisme fahaman yang meragui kewujudan tuhan. Ateisme fahaman yang menafi kewujudan tuhan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s