Dowsing rods sebagai tongkat membantu pengelihatan mata hati

Dowsing rods

Jika mereka yang buta mata kepala menggunakan tongkat untuk mengetahui keadaan persekitarannya ketika berjalan atau mengesan sesuatu benda, dowsing rods pula mungkin sesuai dinyatakan sebagai tongkat kepada mereka yang buta hati untuk mengesan keadaan tenaga jiwa di persekitarannya.

Berdasrkan kepada catatan sejarah dowsing rods telah digunakan dengan jayanya dikalangan nama-nama besar seperti Leonardo da Vinci, Robert Boyle, Thomas Edison, Albert Einstein dan Sir Isaac Newton untuk membantu pengelihatan mata hati mereka.

Semua orang mempunyai kebolehan untuk melakukan dowsing untuk membantu pengetihatan mata hatinya mengesan tenaga jiwa. Terdapat juga sebilangan orang yang begitu sensitif dan akan merasakan tindakbalas dowsing serta merta. Manakala terdapat juga orang yang memerlukan latihan sebelum dapat melihat atau merasakan kesannya.

Dowsing adalah kebolehan mencari jawapan dan bukti nyata dengan menggunakan peralatan yang dipanggil Dowsing Rod. Ia digunakan secara meluas pada zaman dahulu sebagai satu alat yang ringkas tetapi sangat berkesan dalam usaha mencari barang yang hilang seperti syiling, sumber air di bawah tanah, termasuk juga mencari vitamin yang betul serta alat bantuan kesihatan untuk tubuh badan.

Ini termasuklah mengukur AURA seseorang individu. Malah bukan itu sahaja, dowsing rod ini juga dapat mengukur kehadiran unsur negatif ataupun gangguan makhluk halus yang hadir.

Walaupun kegunaan alat dowsing tidak dapat dibukti secara saintifik masakini tetapi ia masih satu alat alternatif yang sighifikin yang boleh membantu kita menggunakan mata hati untuk mengesan tenaga jiwa.

Dowsing rods sebagai alat bantuan jualan.

Pada masa kini, Dowsing Rod popular sebagai alat bantuan jualan. Penggunaannya secara meluas mampu meningkatkan jualan sesuatu produk. Bukti nyata apabila ujian pengukuran aura dilakukan kepada sesuatu produk mampu meyakinkan pelanggan kepada kekuatan sesuatu produk itu.

Dowsing rods untuk mengetahui kejujuran ucapan seseorang

Dowsing rod juga digunakan sebagai ujian samada seseorang itu bercakap benar atau bohong!

Untuk tujuan ini, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memegang dowsing rod ke arah rakan anda dan tanyakan soalan padanya. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah bohong maka pergerakan dowsing rod akan menguncup ke dalam dan sekiranya jawapannya adalah benar maka dowsing rod akan mengembang ke luar.

Apa kata anda cuba lakukan pada rakan anda!

Lain lain kegunaan

Kegunaan lain dowsing rods ialah mencari barang yang hilang, sumber air dibawah tanah, mengesan energi-energi di sekeliling kita dan pelbagai lagi.

dan akhirnya jangan lupa Dosing rods ini bisa membantu untuk mencari pasangan yang cocok.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s