Gapera

gapera

Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)

Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) telah ditubuhkan pada 28 jun 2010 menggantikan Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS).GAPERA (1804-11-WKL) merupakan salah satu daipada 8 Badan Pengamal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari(BPTK).

Objektif GAPERA ditubuhkan adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) untuk membantu pihak kementerian di dalam menaiktarafkan Perubatan Tradisional Melayu.

GAPERA terdiri badan-badan pertubuhan dan persatuan pengamal perubatan tradisional melayu yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.GAPERA merupakan Badan Payung yang berhubung terus dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bersangkutan hal-hal menaiktarafkan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang diamalkan di Malaysia.

Rawatan yang dikategorikan di bawah Perubatan Tradisional Melayu adalah:-

1.Urut Badan
2.Urut Patah
3.Urut Terseliuh
4.Urut lepas bersalin
5.Urut Angin Ahmar atau Stroke
6.Urut Tenaga Pemulihan Syahwat
4.Bekam
5.Herba-Herba penjagaan kesihatan ,mencegah dan merawat penyakit khazanah Melayu
6.Rawatan Resdung,batu karang,kayap,kudis,demam dan sebagainya bagi orang Melayu
7.Senaman Melayu untuk lelaki dan wanita dan seni penjagaan diri orang Melayu
8.Petua pemakanan , penjagaan kecantikan dan kesihatan orang Melayu.

Walaubagaimanapun kaedah atau prinsip khazanah perubatan Melayu berteraskan ajaran Islam (Al-Quran dan Sunnah Rasulullah) mana-mana amalan perubatan Melayu yang bertentangan dengan Islam adalah Haram dan ditolak seperti amalan sihir,guna-guna dan sebagainya.

GAPERA mengalu-alukan mana-mana pertubuhan atau persatuan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang ada di Malaysia untuk bersama -sama untuk duduk benaung di bawah GAPERA demi untuk memperkasa dan memartabatkan Perubatan Tradisional Melayu.

Alamat GAPERA:

24,Desa Pahlawan,Lorong 2,Batu 4, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

Sila Hubungi Untuk Maklumat Lanjut:

Yang Dipertua : Dr.Mohd.Adzhar b.Abd.Latif 013-355 9167
Timbalan YDP : Dr.(H) Syed Mohsin Barakbak 012-944 8732

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s