Akta Perubatan Tradisional & Komplementari

Perubatan Tradisional & Komplementari

Published on 06 March 2013

Pengenalan

Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari, Jabatan Kesihatan Negeri sabah merupakan salah satu pejabat cawangan kepada Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia mula beroperasi pada 16 Januari 2011.

Cawangan ini bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan seperti pendaftaran pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K), pemetaan premis PT&K, pemeriksaan premis PT&K, pemantauan Unit PT&K Hospital Integrasi, menjalankan promosi dan penerangan berhubung PT&K, membuat kerjasama dengan pengamal-pengamal PT&K tempatan dan lain-laian lagi.

Cawangan ini juga bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan jabatan seperti menjalankan penarafan spa & pusat refleksologi, menjalankan naziran premis pengambilan pekerja PT&K warga asing, memberi khidmat nasihat terhadap status premis PT&K dan ahli kepada perbincangan Uniform (Beauty & Health Care Centre) By-Laws 2012.

Akta Perubatan Tradisional & Komplementari

Cawangan ini akan menjalankan penguatkuasaan yang diperuntukkan di dalam Akta Perubatan Tradisional & Komplementari. Akta ini mengkehendaki semua pengamal PT&K mempunyai kelayakan yang ditetapkan mengikut amalan (yang diiktiraf sahaja) dan diperakukan oleh Majlis PT&K. Semua pengamal juga mestilah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan untuk keselamatan pesakit dan memastikan profesionalisme pengamal PT&K.

Jenis amalan PT&K adalah seperti berikut ;
akta perubatan

Pendaftaran Pengamal Tempatan

Bagi pendaftaran pengamal PT&K warga tempatan, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 (dua) cara iaitu

1.Pendaftaran melalui atas talian sistem e-pengamal di alamat http://tcmonline.moh.gov.my (ketika ini sedang diselenggara)

2.Pendaftaran melalui borang pendaftaran pengamal PT&K tempatan. (harap ada link untuk pelayar website boleh download boang di sini)

Bagi pendaftaran pengamal PT&K tempatan, dokumen sokongan berikut diperlukan iaitu (a) gambar ukuran passport, (b) salinan kad pengenalan, (c) salinan sijil kelayakan dalam amalan PT&K yang berkaitan dan (d) resume.

Pendaftaran Pengamal Warga Asing / Pegawai Dagang

Pengamal PT&K warga asing juga perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berikut disertakan garispanduan dan borang pendaftaran yang berkaitan.

Sumber: http://jknsabah.moh.gov.my/v6/index.php/bahagian-unit/cawangan-perubatan-tradisional-komplementari

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s