Sifuli Quantum Spiritual Hipnotheraphy dan Reiki

Sifuli Quantum Spiritual hipnoterapi dan reiki

Foto Sifuli berserta Prof Dr Mugeni Samerin di rumahnya di Teluk Intan semasa berkunjung bersama Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran dan Wannura.

Bila aku di beri tanggungjawab untuk berjuang bersama memajukan perubatan alternatif di Malaysia oleh Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran dan Prof Dr Sir Mugeni Samerin aku terpaksa akur kerana aku seorang Sifu salah satu bidang terapi alternatif.

Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran adalah sahabat lama aku ketika berkhidmat di Universiti Kebangsaan (UKM) dulu. Walau pun sebelum kami berpisah beliau berkhidmat dibidang sains kimia dan aku dibidang sains hayat, kami maseh bersama sama mengajar di unit kebudayaan UKM. Entah macam mana tiba tiba aku ghaib dari UKM dan bertahun tahun lama tidak di temui oleh Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran sehinggalah kami bertemu semula setelah Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran juga ghaib dari UKM.

Kini aku bertemu semula dengan Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran di Teluk Intan di rumah Prof DrSir Mugeni Samerin.Di alam ghaib Prof Dr Sir Mugeni Samerin lebih dikenali dengan nama Gus jogo. Tapi Wannura memanggilnya dengan sebutan Mbah. Mungkin Prof Dr Sir Mugeni Samerin menyenangi jika kami memanggilnya dengan sebutan Gus jogo atau Mbah,tapi beliau tidak menyenangi jika kami memanggilnya Sir, walau pun beliau telah dianugerahkan pingat Knight Comander of Peace and Justice yang membawa gelaran Sir.

Tugas pertama yang perlu aku lakukan untuk memajukan bidang perubatan alternatif di Malaysiaa adalah menubuhkan Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM). PPAM telah diluluskan Pendaftar Pertubuh Malaysia dalam masa satu hari berkerja sahaja walau pun sepatutnya dalam tempuh lima hari berkerja. Mungkin berkat ilmu Quantum Spiritual dan Hipno terapi yang Prof Dr Mugeni Samerin ajarkan kepada ku. Kini mereka yang berhajat bolehlah mendaftar menjadi ahli PPAM.

Tugas aku yang kedua adalah untuk memudahkan pengamal perubatan alternative memperolehi Ijazah Phd dari Indian Board of Alternative Medicine. Jika biasanya sebelum ini mereka perlu ke India, kami sedang berusaha menjemput President Indian Board of Alternative Medicine menyampaikan Ijazah Phd mereka di Majlis Konvokesyen yang kami anjurkan setiap tahun di Malaysia. Usaha ini mungkin mudah kami lakukan kerana Prof Dr Mugeni Samerin adalah sebagai Honourary Adviser kepada Indian Board of Alternative Medicine dan kini beliau adalah salah seorang Penasihat Kehormat Indian Board of Alternative Medicines. Sementara itu Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran juga adalah Prof kehormat Indian Board of Alternative Medicine.

Tugas aku selanjutnya adalah untuk menyediakan thesis di peringkat ijazah Phd berserta Wannura. Kami juga sedang mengabungkan Urut Terapi, Quantum Spiritual, hipnoterapi dan reiki sebagai complementary medicine.

Di rumah Prof Dr Mugeni Samerin di Jalan Manggis Teluk Intan, Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran begitu teruja untuk bersama aku masuk ke alam ghaib. Oleh itu dikesempatan ini biarlah aku ceritakan sedikit mengenai alam ghaib yang Prof Dr Mir Mohd Khalid Sabran maksudkan agar tidak menjadi salah faham kepada anak muridnya yang kini berteraburan di Malaysia timur dan barat.

Secara fisik atau nyatanya semua benda fisik itu jika diurai akan menjadi molekul. Molekul ini pula kalau kita urai akan menjadi atom. Atom pula kalau kita urai akan menjadi partikel. Partikel pula kalau kita uraikan lagi akan menjadi getaran (wave) atau Quantum. Getaran Quantum ini kalau kita urai lagi akan menjadi yang di sebut namanya zero point field atau medan titik nol. Dan akhirnya dibalik zero point field ini adalah kesedaran murni atau Kesadaran Universal atau Kesadaran Nur Muhammad. Artinya, segala sesuatu baik yang tidak boleh dilihat dengan mata kepala maupun tidak bersumber adalah dari Kesadaran Nur Muhammad ini. Segala sesuatu jika dibawa ke dalam kesadaran murni akan mengalami pemulihan di semua peringkat. Artinya sembuh hanyalah kesan sampingan dari amalan seseorang yang masuk ke dalam kesadaran murni.

Allah swt telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna. Dan di dalam diri manusia telah dibekali sebuah alat di alam pemikiran bawah sedarnya yang dapat digunakan untuk menyembuh dan memulihkan dirinya sendiri. Syarat untuk mengaktifkan mekanisme penyembuhan ini perlulah memasuki kondisi kesempurnaan penyerahan dan masuk ke dalam daerah Kesadaran quantum iaitu Kesadaran Nur Muhammad. Persoalannya siapakah aku jika berada di alam Quantum ?.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s