Kemasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012

artikal sifuli

Kementerian Kesihatan akhirnya bersetuju memasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ketika pembentangan bacaan kali kedua di parlimen.

Disebalik kemasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 tersebut, terdapat beberapa usaha untuk menidakkan hak perubatan Islam sebelum ini. Beberapa individu tertinggi kementerian hampir berjaya mengeluarkan perubatan Islam dari rang undang undang tersebut. Yang dikesalkan, terdapat individu individu yang beragama Islam diantaranya. Pelbagai tipu helah yang dibuat, hinggakan pada bacaan pertama, perubatan Islam telah tidak disenaraikan.

Antara alasan yang diberi adalah kekurang bukti (evidence) saintifik pada perubatan Islam. Ini amat pelik kerana perubatan tradisional dan komplementari yang lain seperti refleksologi, akupuntur, ginseng, akar kayu cina juga tidak mempunyai bukti bukti perubatan. Nama pun perubatan tradisional dan komplementari. Jika ada bukti saintifik, jadilah ia perubatan kontemporari, bukan tradisional atau komplementari. Ini alasan yang cukup dangkal.

Sebenarnya mereka yang menentang perubatan Islam tersebut selain dari tak beriman mereka sekolah tak habis. Mereka maseh terikat dengan hukum saintifik kuno, kerana tidak mampu untuk mempelajari super sains yang melibatkan Quantum Spiritual, yang telah di terokai oleh pakar sains moden lebih 100 tahun dulu. Cuma mereka yang beriman dan mempelajari super sains sahaja mempercayai segala penyakit yang dialami manusia adalah akibat terhijap daripada cahaya Allah dan rasulNya.

Syukur, terdapat mereka yang peka dengan usaha jahat itu. Mereka ini telah menyedarkan beberapa tokoh perubatan Islam, institut institut perubatan Islam, JAKIM, NGO NGO dan juga parti parti politik, hinggakan wakil wakil dari PAS, UMNO dan PKR sebelum PRU 13 telah berjanji untuk membahaskan dan menyokong isu ini di parlimen tanpa mengira perbezaan politik.

Publisiti dan tekanan tersebut telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri yang mengarahkan secara eksklusif supaya perubatan Islam dimasukkan semula, di pagi sebelum bermulanya sidang parlimen itu. Maka, menggelabahlah individu individu yang ingin mengeluarkan perubatan Islam. Secara terburu, mereka terpaksa membuat pindaan demi pindaan. Dari ingin mengeluarkan perubatan Islam, mereka terpaksa memasukkannya pula. Seperti ‘menjilat ludah sendiri’. Akhirnya, perubatan Islam dimasukkan semula dalam rang undang undang tersebut.

Kita perlu berterima kasih kepada tokoh tokoh perubatan Islam, institut institut perubatan Islam, JAKIM, NGO NGO, media dan tokoh2 politik yang memperjuangkan isu ini. Kita perlu berterima kasih terutamanya kepada mereka yang menggerakkan dan melobi isu ini kepada pihak berkuasa. Usaha dan titik peluh mereka sangat gigih tanpa mengharap kepentingan peribadi. Merekalah tulang belakang kepada pengiktirafan perubatan Islam ini. Terima kasih dan tahniah.

Akhir sekali, ini adalah bukti pertolongan Allah SWT kepada kesucian agamaNya. Walau dalam apa sahaja keadaan, walau serumit manapun, Dialah yang menentu dan menetapkan kata putus. Tipu helah manusia yang cuba membelakangkan hak Islam akan terbongkar akhirnya. Mereka ini kelak akan dihina didunia dan akhirat hingga ke anak cucu.

Perubatan Islam diiktiraf

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Perubatan Islam mendapat pengiktirafan daripada kerajaan apabila Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan alternatif tersebut di bawah Rang Undang-Undang Tradisional dan Komplementari 2012.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, notis menambah perubatan Islam itu dibuat selepas kementerian mendapat persetujuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua jabatan agama Islam negeri.

“Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana belum mendapat persetujuan Jakim. Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan,” katanya ketika membaca rang undang-undang itu buat kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima), Mohd. Fauzi Mustaffa meminta kementerian memasukkan perubatan Islam dalam rang undang-undang tersebut berikutan semakin ramai masyarakat beralih kepada perubatan alternatif Islam.

Menurut Tiong Lai, rang undang-undang tersebut digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.

Katanya, di bawah rang undang-undang itu, pihak kementerian dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina mahupun India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan kelak.

Jelasnya, mana-mana pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran tersebut boleh dikenakan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 atau penjara selama dua tahun.

Malah, beliau memberi jaminan bahawa hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang terdapat di negara ini tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan.

Dalam pada itu, tambah beliau, kementerian juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari bagi membolehkan ia disepadukan dengan yang moden demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

“Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan pada masa sama kementerian juga menerima banyak aduan berhubung perkara ini, selain sering digemparkan dengan berita negatif mengenai pengamalnya,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, setakat ini 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden dan tradisional.

Hospital tersebut ialah Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan) dan Hospital Umum (Sarawak).

Di samping itu, turut menawarkan kedua-dua perubatan itu ialah Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu).

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Parlimen/20120925/pa_01/Perubatan-Islam-diiktiraf#ixzz2VH0CLjzm
© Utusan Melayu (M) Bhd


Tak wajar sekat perubatan Islam

2012/09/24 – 06:37:55 AM Azida Shaharuddin dan Illyana Mohd Nor Cetak Emel Kawan
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta Kementerian Kesihatan memasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang akan dibaca buat kali kedua di Parlimen hari ini.

Mereka berpendapat ia perlu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, tambahan pula sering berlaku kes pesakit tidak sembuh selepas menerima rawatan di hospital lalu beralih mencuba kaedah perubatan Islam atau tradisional.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron, berkata perubatan Islam juga sudah lama digunakan secara meluas termasuk ketika pesakit berada di hospital, sekali gus tidak wajar disekat menerusi rang undang-undang berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kementerian Kesihatan yang tidak menyenaraikan perubatan Islam dalam rang undang-undang terbabit yang dibacakan kali pertama di Parlimen Jun lalu, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

“Perlu wujud keseimbangan dalam apa juga khidmat perubatan. Oleh itu saya berhasrat mencadangkan perubatan Islam disenaraikan dalam Rang Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 di Parlimen esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s