Bahaya jerebu terhadap kesihatan

bahaya jerebu

Apa itu jerebu ?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:

Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

Hindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu!

Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:
Nilai IPU / Status

0 – 50 / Baik
51 – 100 / Sederhana
101 – 200 / Tidak Sihat
201 – 300 / Sangat Tidak Sihat
301 – 500 / Berbahaya

Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan macam-macam lagi.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber : http://www.moh.gov.my

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s