Penyakit Kesan Jerebu

penyakit kesan jerebu

Berikut adalah antara Kesan Pada Kesihatan semasa jerebu melanda

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu :

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya korang mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Pencegahan penyakit akibat jerebu, ikutilah nasihat ini:

1.Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2.Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3.Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

4.Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5.Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

6.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7.Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

8.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

9.Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Penyakit Kesan Jerebu

  1. sya mengalami sakit tekak dan skit kpala tp tekak sya x rase gtal sebaliknya rase sprti tajam di dlmnye…adakah itu ksan penyakit drpd jerebu?

  2. Sifuli says:

    Asalamualaikum

    Itu diantara kesan daripada jerebu, minum air banyak, hindari dari jerebu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s