KEGIATAN PERSATUAN SENI URUT TERAPI SIFULI MALAYSIA

Buku 10

Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia telah di tubuhkan pada tahun 2012 dengan N0 pendaftaran PPM-002-08-25012012. Diantara tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan pengikut UTeS diseluruh negara. Memberi kebajikan, memajukan diri dan perhidmatan ahlinya dibidang seni urut terapi dari masa ke semasa.

Ali Majlis Kebudayaan Negara Perak
Persatuan seni urut terapi sifuli Malaysia telah pun mendaftar menjadi Ahli MajlisKebudayaan Negara Perak. Diharapkan Majlis Kebudayaan Negara Perak dapat memberi kerjasama dan membantu pihak persatuan memajukan bidang seni urut terapi warisan budaya Melayu ini khususnya di Negeri Perak.

Ahli Koloni Karyawan Amanjaya
Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia menyambut baik penubuhan Pusat Koloni Karyawan Amanjaya di Ipoh Perak yang membuktikan kerajaan negeri peka serta komited memelihara warisan dan budaya demi pembentukan jati diri bangsa. Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia sedang berberusaha untuk menganjurkan pelbagai kegiatannya yang sesuai disana.

Menganjurkan kursus dan seminar terapi
Persatuan seni urut terapi sifuli Malaysia sentiasa menganjurkan kursus, bengkel dan seminar terapi kepada ahlinya dan berkerjasama dengan berbagai pihak untuk mengembangkan kemahiran urut terapi di kalangan masyarakat.

Mengembangkan kemahiran urut terapi menerusi sekolah
Persatuan seni urut terapi sifuli Malaysia telah berusaha berkerjasama dengan pihak sekolah kebangsaan untuk menganjurkan bengkel kesihatan diri untuk persediaan remaja yang melangkah ke usia akil baligh membina kesihatan mencegah penyakit.

Mengiktiraf pengalaman dan kepakaran ahli persatuan dibidang seni urut terapi
Persatuan seni urut terapi sifuli Malaysia telah menubuh ahli lembaga jemaah keilmuannya untuk menilai, memberi penghormatan dan pengiktifan kepada pengetahuan, pengalaman dan jasa mereka dibidang urut terapi.

Membantu ahli melanjutkan pelajaran urut terapi hingga ke peringkat sarjana.
Dengan kerjasama berbagai pihak Persatuan seni urut terapi sifuli Malaysia sedang menyediakan program pengajian untuk membantu ahlinya memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dan Phd.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s