Wannura dan Urutan Ibu Lepas Bersalin

Buku 18

Amalan Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Malay Postnatal Care)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah proaktif dalam mempromosikan perubatan tradisional Melayu dan moden dalam amalan penjagaan ibu selepas bersalin. Ianya juga mempromosikan amalan Melayu dalam penjagaan ibu yang selamat dan juga memberi maklumat mengenai amalan-amalan tradisional yang berpotensi mendatangkan bahaya.

Antara objektif rawatan perbidanan Melayu di unit PT&K ini adalah untuk membantu mengesan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku selepas bersalin yang memerlukan rawatan perubatan moden dengan segera. Mengembalikan berat dan bentuk badan para ibu kepada keadaan pra-kehamilan turut menjadi objektif rawatan. Ini dapat dicapai dengan kaedah urut yang terbukti dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pembengkakan serta mempercepatkan proses penyembuhan total.

Perkhidmatan yang ditawarkan terbahagi kepada dua iaitu urutan kesegaran dan rawatan perbidanan Melayu. Ianya terbuka kepada para ibu yang telah bersalin secara normal.

Urutan Kesegaran Objektif perkhidmatan ini adalah untuk melegakan sengal-sengal badan selepas bersalin dan juga untuk membantu menjayakan program penyusuan bayi di hospital. Ianya melibatkan sesi urut yang lembut pada bahagian kaki, tangan, payudara, leher dan bahu yang mengambil masa selama 15 hingga 30 minit. Nasihat mengenai penjagaan dan teknik urut payudara turut diajar kepada para ibu untuk mengelak dari berlakunya keadaan ‘bengkak susu’. Perkhidmatan ini khusus kepada para ibu yang berada di wad bersalin hospital.

Rawatan Perbidanan Melayu Amalan ini popular di kalangan wanita Malaysia. Ini kerana menurut kepercayaan orang Melayu, seseorang ibu itu mudah terdedah kepada pelbagai gejala penyakit setelah menempuh kesulitan ketika bersalin. Maka dengan mengamalkan kaedah tradisional Melayu, ianya dapat mengembalikan tenaga dan memulihkan kesihatan para ibu selepas melahirkan anak.

Untuk perkhidmatan ini, kaedah yang dilaksanakan adalah mengikut konsep asas amalan Melayu di mana ianya merangkumi sesi urut, bertungku dan berbarut. Ketiga-tiga sesi ini diaplikasikan dalam dua set rawatan. Set rawatan pertama dilakukan pada tiga hari pertama tempoh pantang. Ianya bertujuan untuk membantu melegakan kesakitan dan mencegah kemasukan ‘angin’ ke dalam badan. Untuk set rawatan kedua, urut , bertungku (lebih kepada kaedah bersengkak) dan berbarut dilaksanakan pada tiga hari terakhir tempoh pantang.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s