Belajar urut daripada mimpi

Belajar urut daripada mimpi

Sering kita dengar belajar perlu berguru apatah lagi belajar mengenai kerohanian, belajar tanpa guru bermakna belajar dengan hantu syaitan. Belajar cuma dari kitab tanpa guru pun dikira belajar dengan syaitan, apa tah lagi berguru dalam mimpi.

Ketika saya bertemu dengan tukang urut Melayu banyak dikalangan mereka belajar urutan dari mimpi.Samada dawaan mereka itu benar atau tidak sukar untuk dipastikan kerana mereka tidak memiliki sijilnya. atau pun mungkin sebagai alasan untuk menyatakan kelulusan perguruwan urutannya.

Tukang urut yang belajar urut menerusi mimpi biasanya membaca mentera yang disertai dengan jampi serapah sebelum mengurut. Terdapat juga mereka perlu mengalami kerasukan sebelum mengurut. Upah urut biasanya perlu disertai dengan pengkeras.

Ketiadaan institutsi pengajian urutan tradisional budaya Melayu menyebabkan mereka yang ingin mempelajarinya menerusi mimpi mungkin, mungkin seperti pengajian jarak jauh.

Dakwaan urutan boleh dipelajari menerusi mimpi adalah sebagai bukti budaya tradisional Melayu itu maseh diselubungi kepercayaan anismisme sehingga ke hari ini walau pun budaya Melayu yang berteraskan kepercayaan animisme, hindu dan budha itu telah bertukar setelah kedatangan Islam.

Menurut E.B. Taylor, manusia yang awal hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi, khayalan dan peristiwa kematian. Perisitiwa-peristiwa yang ditempuh itu menjadi tanda tanya kepada mereka, sehingga mereka berfikir dan menyakini wujudnya roh (spirit) dalam diri manusia, dan disebut sebagai animisme.
Animisme merupakan satu kepercayaan yang terdapat dikalangan masyarakat yang masih dalam kehidupan sederhana.

Animisme ini diciptakan oleh E.B Taylor dari perkataan latin “anima” dan animisme berarti kepercayaan kepada mahluk-mahluk halus (spiritual beings). Kepercayaan yang kepada mahluk halus dan roh merupakan azas kepercayaan agama yang mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif.

Dalam masyarakat yang sedang berkembang seperti suku bangsa melayu, ciri-ciri animisme masih ada, terutama pada masyarakat pedalaman, walau sudah ada gerakan modernisme dalam islam yang memerangi kepercayaan lama ini yang dianggap sebagai khurapat dan tahyul.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s