Sejarah perkembangan khidmat urut di Ipoh Perak

Sejarah perkembangan khidmat urut di Ipoh Perak

Sejarah perkhidmatan urutan di Ipoh sejak zaman penjajahan di penghujung abad ke 19 lagi. Pada masa itu perkhidmatan rumah urut di Ipoh terdiri daripada wanita yang menguruti tubuh badan lelaki dengan menggunakan seluruh anggota tubuh badannya termasuk di bahagian sulit.

Nama Ipoh diambil sempena nama sejenis pokok. Ipoh dikenali sebagai ‘Bandaraya Bijih Timah Negara’ disebabkan oleh aktiviti perlombongan disini suatu ketika dahulu.

Bandaraya Ipoh hari ini merupakan sebuah bandaraya yang diiktiraf sebagai ibu negeri Perak kerana disinilah pusat bagi perkhidmatan, pentadbiran, perdagangan dan perindustrian dijalankan. Jika dilihat dari segi sejarah, bandaraya Ipoh mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Secara geografinya, bandaraya Ipoh terbahagi dua oleh Sungai Kinta dan dikenali sebagai pekan lama dan pekan baru.

Sejarah perkembangan bandar Ipoh bermula di pekan lama ketika era perlombongan bijih timah. Ketika pemerintahan Raja Melayu, Ipoh hanyalah sebuah perkampungan yang kecil. Perubahannya hanya mula berlaku ketika pemerintahan kerajaan Inggeris kira-kira tahun 1877. Sejak itu, ia mula bertukar menjadi bandar dan menjadi tumpuan umum terutama sekali kaum Cina yang datang dari Pulau Pinang untuk mencuba nasib di Perak. Banyak rumah kedai mula dibina dan bandar Ipoh menjadi semakin membangun.

Pada tahun 1890, bandar Ipoh mula menjadi bandar kedua terbesar di Perak selepas Taiping. Kebangkitan bandar Ipoh ini dapat dilihat dengan terbinanya rumah kelab, panggung wayang Cina dan pasar yang besar. Pada tahun 1892, bandar Ipoh talah mengalami kebakaran besar dan telah memusnahkan hampir satu pertiga daripada rumah-rumah yang ada di sini.

Namun begitu, pada tahun 1893, kemusnahan itu telah dibaiki dengan terbinanya banyak rumah batu yang lebih baik sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas kini. Pembinaan rumah kedai turut bertambah dengan pesatnya kesan daripada pembinaan jalan keretapi Lembah Kinta di antara Ipoh dan Batu Gajah yang digunakan untuk membantu industri perlombongan dan perniagaan berjalan dengan lebih lancar.

Disebabkan kebanyakan aktiviti perdagangan dan perniagaan berlaku di sebelah barat Sungai Kinta, maka kawasan berkenaan telah di rezabkan sebagai kawasan bangunan pentadbiran dan institusi oleh kerajaan Inggeris dan kebanyakan kesan peninggalan bangunan warisan masih dapat dilihat dengan jelas di sekitar kawasan ini .

Rumah urut di Ipoh di zaman penjajah adalah halal di sisi undang undang di Tanah Melayu sebelum tahun 1870an. Tiada sebarang undang undang di Malaya ketika itu yang melarang aktiviti wanita mengurut zahir dan batin lelaki. Kebanyakkan tukang urut yang berkembang adalah disebabkan permintaan daripada buruh buruh asing yang dibawa masuk bekerja ke dalam Malaya. Oleh kerana tuntutan ini, banyak gadis belasan tahun dan ada di antaranya berumur semuda 4 tahun dibawa masuk menjadi barang dagangan. Mereka kebanyakkannya berasal daripada tanah besar China. Di China, aktiviti ini dilihat sebagai satu perdagangan yang amat menguntungkan.

Bermulanya perdagangan manusia di China untuk tukang urut adalah apabila ramai buruh dari negara tersebut dibawa masuk ke Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang pesat membangun. Aktiviti tukang urut ini disebabkan oleh beberapa perkara; iaitu: Untuk melangsaikan hutang,Sebagai gadaian kerana berhutang yang akhirnya terjebak ke kancah pelacuran,Penipuan, Sukarela. Antara tempat terawal di negara yang berkembang pesat dengan aktiviti ini sebelum Ipoh ialah di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur di mana banyak buruh asing dari negara China berada. Malah terdapat persatuan yang diwujudkan untuk melindungi para tukang urut ini, kerana kebanyakan daripada tukang urut ini adalah di bawah umur, dan adakalanya menjadi mangsa penderaan. Malah ada kes yang melibatkan tukang urut dibunuh setelah ‘tuannya’ jemu dengan urutannya.

Permerdagangan orang sebegini menjadi satu pengerak ekonomi negara China satu masa dahulu, di mana setiap seorang wanita yang dijual oleh keluarganya boleh mendapat subsidi tertentu daripada kumpulan kongsi tertentu seperti beras, pakaian, serta duit untuk sara hidup. Oleh sebab itu, ramai keluarga di China suka beranak ramai kerana bagi mereka, lebih ramai anak terutama perempuan, lebih membawa tuah kepada keluarga. Di Tanah Melayu, limpahan aktiviti tukang urut ini telah menjadikan satu masalah. Lalu, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan Ordinan Wanita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah urut dan sundal didaftar.

Di zaman selepas merdeka banyak dikalangan wanita tempatan pula yang berkerja di rumah urut di Pekan Ipoh.Mereka pada mulanya adalah bekas pelayan dikelab malam.Tidak kurang juga mereka yang datang dari kampong untuk menikmati kemewahan hidup di bandar.Terdapatjuga wanita tempatan yang berkeliaran di kawasan tertentu di bandar Ipoh yang menawarkan perkhidmatan urutan batin.

Dikalangan lelaki hidung belang Bandar Ipoh adalah terkenal dengan kegiatan perkhidmatan rumah urutnya disuatu masa dulu. Kehebatan tukang urut wanita yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada lelaki hidung belang di Ipoh sangat terkenal sehinggakan banyak dikalangan ibu ayam bandar bandar besar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mengambil mereka menjadi tukang urut.Pelangan urut biasanya sangat tertarik ibu ayam menawarkan tukang urut wanita “Ipoh mali “ (datang dari Ipoh).

Sebagai alternatif kepada perkhidmatan rumah urut dibandar Ipoh, Sifuli telah memperkenalkan urut terapi di tepi jalan di Bandar Ipoh lebih 10 tahun yang lalu. Usaha ini bermula bermula pada tahun 1999 di kaki lima Bangunan Perhentian Keretapi Tanah Melayu setiap malam. Sehingga kini maseh terdapat kegiatan menawarkan perkhidmatan seni urut jalanan di waktu malam di Bandaraya Ipoh malah kian berkembang. Samada kita sedari atau tidak seni urut terapi adalah diantara produk pelancung yang berjaya mengamit para pelancung yang menginap dibandar Ipoh di waktu malam.

Usaha Sifuli mempelupuri seni urut jalanan kemudiannya pula disaingi oleh perkhidmatan kedai urut yang menawarkan tukang urut pelancung wanita yang mendapat sambutan hangat dari lelaki hidung belang. Kegiatan kedai urut seumpama ini boleh kita ketahui berdasarkan hasil serbuan pihak berkuasa ke permis tersebut yang tumbuh seperti cendawan.

Demi kesedaran mencegah penyakit sosial kita perlulah berkerjasama mencegah perkhidmatan rumah urut dan kedai urut yang bertentangan dengan amalan seni urut terapi tradisional budaya Melayu yang berteraskan kefahaman Islam.

Terdapat jiran negara kita yang berjaya mengamit pelancung bertandang ke negaranya dengan produk urutan .Jika kita ingin berbuat sedemikian biarlah produk urutan tersebut membina kesihatan jasmani serta rohani dan bukan sebaliknya.

Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia berharap pihak yang tertentu seperti Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Perak, Kementerian Pelancungan dan kebudayaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut membantunya memacu kemajuan seni urut terapi tradisional budaya Melayu kepada orang ramai khususnya kepada pelancung yang bertandang ke Bandar Ipoh Perak Aman Jaya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s