Pengasas seni urut terapi sifuli

sifuli dan grand master wannura

Setelah menamatkan berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985 Rozli bin Ali telah menawarkan perkhimatan urut terapi sepenuh masa kepada orang ramai bermula di Bangi Selangor.Seni urut terapi yang dipelupuri Rozli bin Ali adalah berdasarkan kepada seni urut terapi tradisional budaya Melayu.

Disamping memberikan perkhidmatan urut terapi untuk membina kesihatan dan menyembuhkan penyakit, Rozli Ali telah menawarkan warisan seni urut terapi ini kepada pelangannya yang berminat. Mereka yang mewarisi seni urut terapi ini membina kemahiran serta menimba pengalaman dengan cara menjadi juruterapi sambilan atau sepenuh masa di pusat perkhidmatan Seni Urut Terapi Sifuli.

Disamping mewariskan Seni Urut Terapi Sifuli kepada orang ramai, usaha ini telah membantu Sifuli menampung permintaan perkhidmatan urut terapi yang kian meningkat dari masa ke semasa. Pada mulanya seni urut terapi ini disebut sebagai Urut Terapi Rozli Ali (UTRA). Bagaimana pun kerana Rozli Ali lebih dikenali dengan gelaran SIFU dikalangan mereka yang mewarisi seni urut terapi yang dipelupurinya dan mereka yang menjadi pelangan perkhidmatan urut terapinya, akhirnya seni urut terapi yang dipelupuri Rozli Ali adalah lebih dikenali dengan sebutan Seni urut Terapi Sifuli sehingga ke hari ini dengan singkatannya UTeS

pada tahun 1996 Pusat utes telah di buka di Kampong Melayu Subang Selangor. Dari Kampong Melayu Subang Selangorlah warisan Seni urut Terapi Sifuli telah berkembang pesat dan popular dikalangan orang ramai. Bermula daripada kaedah memberi perkhidmatan urut terapi dirumah kediaman, memberi perkhidmatan di rumah kediaman pelangan, di hotel penginapan dan membuka pusat urut terapi akhirnya.

Sifuli telah memperkenalkan urutan kaki atau lebih dikenali dengan sebutan refleksologi pada masa itu dijalanan bermula di sekitar jalan Masjid India berhampiran Wisma Yakin di Kuala Lumpur ketika mengendalikan Pusat UTeS di Subang Selangor. Setelah UTeS berkembang pesat di Selangor dan Kuala Lumpor, Sifuli dengan bantuan Zainura Zulkifli (Wannura) telah mengembangkan UTeS di seluruh Negara yang pusat di Ipoh Perak.

UTeS telah diperkenalkan oleh Sifuli bermula pada tahun 1999 setiap malam di kaki lima Bangunan Perhentian Keretapi Ipoh Perak.Setelah mendapat sambutan orang ramai, Sifuli telah membuka sebuah pusat UTeS di sebuah ruang di sudut Bangunan Perhentian Keretapi Ipoh Perak. Pusat UTeS di Ipoh telah berjaya melahirkan ramai Juruterapi. Setelah memperolehi pengetahuan dan kemahiran urut terapi di Pusat UTeS selain menjadi juruterapi sambilan atau sepenuh masa banyak dikalangan mereka yang membuka pusat perkhidmatan sendiri di Ipoh dan Negeri Perak.

Daripada Pusat UTeS di Bangunan Perhentian keretapi Ipoh Perak UTeS telah berjaya berkembang ke Negeri Pahang, Kedah, Sabah yang akhirnya hingga ke Singapore.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s