Grand Master Zainura Zulkifli (Wannura)

Buku 3

Beliau mendapat pendidikan awal SRK Convent Teluk Intan Perak kemudian di SMK Assunta, Jalan Changi, Petaling Jaya Selangor dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia serta Tingkatan 6 di Bukit Bintang Boy School, Petaling Jaya dalam aliran sains tulen.

Tamat pengajian di bidang Perakaunan pada tahun 1988 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan berkhidmat di jabatan akaun di Assembly Services Sdn Bhd, anak syarikat UMW Toyota Shah Alam Selangor selama 8 tahun sehingga tahun 1995 dan banyak pengalaman dalam pengkosan (costing). Pernah berkhidmat selama 2 tahun iaitu pada 1996-1998 berkerja di syarikat jualan langsung di Utusan Baiduri Sdn Bhd sebagai pengurus akaun.

Pernah berkhidmat selama 2 tahun iaitu pada 1996-1998 berkerja di syarikat jualan langsung di Utusan Baiduri Sdn Bhd sebagai pengurus akaun. Menamatkan perkhidmatan makan gaji dan mula mempelajari Seni Urut Terapi Sifuli di Kampung Subang pada awal tahun 1998 apabila bonda yang dikasihi telah mengalami strok dan mengamalkan Seni Urut Terapi Sifuli sehinggalah sekarang.

UTRA TERAPI telah ditubuhkan di Shah Alam Selangor pada akhir tahun 1998. UTRA adalah daripada singkatan ejaan nama Sifuli ia itu Urut Terapi Rozli Ali. Utra Terapi adalah pengkhususan kepakaran seni urut terapi sifuli dibidang sakit puan dan rawatan ibu sebelum dan selepas bersalin. Pada tahun 2002 , UTRA TERAPI telah berpindah ke Ipoh Perak dan membuka pusat rawatan di premis D’lore Salun sehinggalah tahun 2010, Wannura Terapi pula ditubuhkan setelah memperolehi pengiktirafan Master Seni Urut Terapi Sifuli di Ipoh.

Pada tahun 2012 Zainura Zulkifli telah menerima anugrah Green Master Seni Urut Terapi Sifuli dan mempunyai ratusan pelangan terutama untuk rawatan ibu selepas bersalin. Kini Beliau adalah setiausaha agung Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia dan Ahli lembaga Jemaah Akademik Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s