Sakit Puan

Buku 21

Sejak anak dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi makan minum untuk membina tenaga zahirnya, menentukan tidur baringnya untuk membina tenaga batinnya, belaian urutan kaseh sayang untuk membina kesihatan hidup jasmaninya dan menurut adat resam manusia untuk kesejahteraan hidup rohaninya.

Kelalaian ibubapa memberi makan minum, tidur baring, kaseh sayang dan membentuk adat resamnya adalah melemahkan tenaga zahir dan batin jantina anak anak apabila dewasa dan mudah mengalami sakit puan.

Sakit puan yang dialami anak perempuan mula ketara apabila melangkah ke usia akil baligh. Selain daripada tidak matang fikiran mereka mengalami pertumbuhan anggota badan yang tidak sempurna terutama pada anggota jantinanya seperti payudara dan bahagian pinggul. Kitar haid yang mereka alami juga tidak menentu. Pertumbuhan anggota zahir mereka yang tidak sempurna sudah tentu tidak mempunyai tenaga batin keperempuanan yang sempurna. Sebab itu ramai dikalangan wanita hari ini tidak cenderung menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menurut hukum alam kaum wanita adalah perlu berumahtangga untuk memperolehi nafkah batin. Kesempurnaan nafkah batin yang diperolehi dari suami adalah urutan batinnya. Demi memperolehi urutan batin yang sempurna dari suami sang isteri perlulah mengawal tenaga zahir dan batin suaminya menerusi masakan makanan minum yang boleh mungubati.

Selain itu sang isteri perlulah menyediakan tempat tidur baring suami isteri yang selesa untuk keselesaan menguruti. Pasangan suami isteri perlu sering mengawan iaitu sentiasa bersama ketika makan minum, berjemaah solat, bersiar malahan bermandi manda agar menerbitkan kaseh sayang ketika bersetubuh.

Kedangkalan pengetahuan melakukan urutan batin setelah berumahtangga untuk membina kesihatan tubuh badan juga adalah punca kepada sakit puan.Urut batin diantara pasangan suami isteri perlu menurut tertib yang bermula dengan mengawan, dituruti dengan bersetubuh, kemudian bersenyawa dan diakhiri dengan bersatu. Banyak dikalangan mereka yang cuma beradu tenaga diantara suami isteri ketika melakukan urutan batin sehingga melemahkan tenaga tubuh badan yang mengundang sakit puan.

Kelalaian sang isteri mengurut tubuh badan selepas bersalin untuk membersihkan darah kotor dari badan dengan sempurna akibatnya menganggu kitaran darah haid yang teratur setiap bulan dan mengalami penyakit keputihan. Keputihan mendinginkan faraj wanita dan melemahkan kehangatan zakar suami yang mengurutinya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s