Buku Seni Silat Lintau

Silat2

Buku ini saya terbitkan adalah hasil kajian saya bersama Wannura mengenai seni silat khususnya Silat Lintau sebagai amalan terapi untuk membina kesihatan Rohani jasmani jiwa dan raga.

Pada zahirnya seni silat itu adalah meransang darah daging, melembut urat saraf, melegakan pernafasan dan membina tenaga tubuh badan.

Batinnya pula seni silat itu dalah untuk membina kesedaran jiwa, mengingati diri, membina pendirian untuk menyembah tuhan.

Keadaan zahir dan batin itu dinyatakan oleh pergerakan jasmani dalam bentuk rupa, gerak, laku dan bahasa persilatan.

Akhinya silat itu adalah menyembah kudrat iradat ilmu dan hayatNya dengan kaseh, sayang , cinta dan kesejahteraan kehidupan untuk membina kesihatan rohani.

Untuk menjiwai ilmu persilatan Lintau zahir dan batin saya dan Wannura telah mewarisinya dari Tok Ayahanda Paduka zainudin bin Tah yang diwarisinya dari Tuan Mahyudin yang mewarisinya dari Tuan Haji Muluk Sutan Idham. Disamping itu saya dan Wannura telah berguru juga dengan murid Tuan Haji Muluk seperti Tuan Abdul Manaf, Pak Teh, Pak Salim dan lain lain.

Samoga buku yang saya susun ini boleh menjadi panduan dan atau kenangan untuk jenerasi yang akan datang.

Bukan hamba pandai bermadah
cuma menjiwai budaya indah
hamba mulai dengan Bismillah
segalanya hanya kerana Allah

Bukan hamba bermain silat
tetapi untuk mengenal sifat
kudrat iradat ilmu dan hayat
untuk sejahtera dunia akhirat

Bermula silat mengenal diri
agar tidak menyegutui ilahi
hanya tuhan yang disembahi
agar hidup tidak dimurkai

Mulai Bismillah diakhiri salam
silat terdiri gerak dan diam
segala gerak perlu difaham
yang menguasi sekalian alam

Syariat hakikat tauhid makrifat
ilmu terkandung didalam silat
agar perintah agama ditaat
yang mencegah perbuatan jahat

Silat melancar darah berjalan
melembuti urat ketegangan
yang melegakan pernafasan
untuk kesihatan tubuh badan.

Sifuli.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s