Ritual urutan dan mandian telah menjadi amalan sejak zaman dahulu kala lagi. Sejarah urut batin untuk merawat kejantanan lelaki serta mandiannya telah dimiliki juga oleh bangsa Romawi dan Yunani. Gambarfoto di atas adalah menunjukan kehebatan urutan batin kejantanan di tempat mandian air panas di Tbilisi Georgia Rusia pada tahun 1890.
Sejarah mencatatkan bahawa pekerjaan sebagai tukang urut boleh dikatakan sebagai kerjaya paling tua di Tbilisi, bertempat di Abanotubani, sebuah daerah pemandian legenda Tbilisi. Dengan berbentuk kubah pada atap pemandian dan fasad ubin mandi dari Orbeliani, lingkungan Abanotubani, di mana legenda mengatakan bahawa Tbilisi lahir. Pada abad ke-5, Selepas Raja Vakhtang Gorgasali berburu burung helang baginda kemudian mandi air sulfat yang mengalir di wilayah itu. Terpesona dengan khasiat kehangatan air tersebut yang telah meransang kejantanannya yang amat sangat, baginda memerintahkan ibukotanya dipindahkan ke tempat tersebut dan diberi nama Tbilisi, berdasarkan daripada perkataan Georgia “tbili,” yang bermaksud ”hangat.” Sejak itu kedinginan baginda telah bertukar sentiasa menjadi hangat sehingga kadang kala menjadi libang libu.